Thursday, July 24, 2008

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN WONG KOON MUN (KUALA KUBU BHARU)

TAJUK (1) SALIRAN DAN PENGAIRAN

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Terdapat sesetempat di negeri Selangor yang sering mengalami banjir kilat khususnya selepas hujan lebat berturutan seperti di Kampung-kampung tradisional yang mempunyai sistem pengairan yang tidak baik dan kedudukan geografi dan paras yang rendah.

a) Apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri dan JPS untuk menyelesaikan isu banjir yang sering melanda penduduk kampong-kampong tradisional tersebut.

b) Adakah projek pendalaman sungai dijalankan dan jikalau ada, sila nyatakan jumlah yang dibelanjakan dan adakah ia setimpal dan berkesan seperti yang dirancangkan.

TAJUK (2) PERTANIAN

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Penanaman minyak kelapa sawit dilihat sebagai tanaman yang paling berjaya di negeri Selangor jika dibandingkan dengan getah, padi dan sayur-syauran. Pertanian yang berjaya amat penting kerana ia mampu menurangkan defisit import sekiranya kita dapat menghasilkan dan menampung penggunaan harian.

a) Apakah bentuk galakan yang bakal diberikan kerajaan negeri kepada penanaman setiap jenis komoditi ataupun punca makanan.

b) Berapakah tanah di negeri Selangor yang terlibat secara langsung dengan pertanian mengikut jenis.

c) Adakah kerajaan negeri bercadang mengarispanduankan dan memperuntukan lebih banyak tanah kawasan luar bandar untuk tujuan pertanian ataupun perternakan.

TAJUK (3) RUMAH KOS RENDAH

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Kos sara hidup yang semakin menekan khususnya mereka yang hidup di kawasan Bandar. Rumah kos rendah yang dahulunya RM 35 ribu telah dinaikkan harga sehingga RM 42 ribu.

a) Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menurunkan harga jualan rumah kos rendah untuk memanfaatkan golongan berpendapatan rendah.

b) Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menyediakan lebih banyak lagi projek rumah kos rendah untuk rakyat Selangor yang layak. Sekiranya ada, sila nyatakan.

TAJUK (4) HARGA BARANGAN KAWALAN

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Sejurus kenaikan harga bahan pembakaran, terdapat bayak perniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga jualan ke paras yang tidak berpatutan.

a) Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk mengawal berlakunya kes kenaikan harga sewenang-wenang khususnya di kawasan luar bandar.

b) Berapakah kes yang telah dikesan dan apakah pula bilangan pemerikasaan yang dijalankan oleh penguatkuasa negeri di setiap daerah.

TAJUK (5) ISU KEMISKINAN

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

a) Apakah statistik kemiskinan di negeri Selangor yang terkini.

b) Sila nyatakan apakah program pembasmian kemiskinan yang dijalankan pada tempoh terdekat.

TAJUK (6) PETERNAKAN BABI DI TUMBUK

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Kita sedia maklum penternakan moden ini adalah mesra persekitaran.

a) Apakah ia sudah bermula operasi seperti yang ditunggu-tunggukan.

b) Apakah rancangan inisiatif kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu perpindahan lading-ladang di sekitar tempat luar daripada Tumbuk.

TAJUK (7) PERUNTUKAN RUMAH BERIBADAT BUKAN ISLAM

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

a) Sila nyatakan jumlah peruntukan yang bakal diperuntukan kepada rumah beribadat bukan islam pada tahun 2008 dan 2009.

b) Berapakah jumlah minma peruntukan yang bakal diterima untuk seseunit rumah berhala.

TAJUK (8) ISU PEMUTIHAN KILANG HARAM

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

a) Setakat masa terkini, berapakah kilang haram yang berjaya diputihkan.

b) Apakah pula usaha kerajaan dalam menggalakkan kilang haram ini diputihkan seperti yang dirancang.

TAJUK (9) WILAYAH LEMBAH KLANG 2

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

a) Adakah projek ini masih dalam rancangan kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan yang disebut di atas?

b) Sekiranya ada? Apakah pula jumlah wang yang digunapakai dan Syarikat Swasta yang terlibat untuk melaksanakan projek tersebut.

TAJUK (10) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

a) Sila nytakan peruntukan yang bakal diberikan kepada Kampung-kampung baru.

b) Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membangunkan kampung-kampung baru yang dilihat mempunyai potensi untuk pembangunan pertanian dan pelancongan.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADAY.B. TUAN WONG KOON MUN (KUALA KUBU BHARU)

TAJUK (1) : ISU AIR PERCUMA

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Saya mewakili rakyat Selangor amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memberikan air percuma kepada semua rakyat Selangor. Yang menjadi persoalan saya, apakah isi kandungan memorandum yang dimenterai oleh kedua-dua pihak antara kerajaan negeri dengan SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) untuk memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu seperti dicetak dalam bil air bahawanya ia dibayari oleh Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kumpulan Darul Ehsan.

a) Berapakah jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri Selangor setiap bulan kepada SYABAS untuk memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat Selangor. Sila nyatakan.

b) Adakah kontrak berkenaan telah dilanjutkan yang dikhuatiri akan merugikan pengguna dalam jangka masa panjang.

c) Sila kemukakan kandungan utama kontrak itu.

TAJUK (2): PUSAT HIBURAN HARAM

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Aduan daripada Persatuan Penduduk sesetempat bahawa wujudnya banyak pusat hiburan haram terutamanya selepas penukaran kerajaan negeri baru. Pusat hiburan haram ini kebanyakan menawarkan permainan elektronik yang berunsur kejudian.

a) Sila dedahkan jumlah pusat hiburan mengikut jenis dan daerah di negeri Selangor.

b) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan tempatan untuk mengawasi kewujudan pusat hiburan haram yang dimaksudkan di atas.

c) Bilakah pula operasi serbuan yang terakhir dijalankan ke atas pusat hiburan haram.

TAJUK (3) TENDER TERBUKA

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Kuala Kubu Bharu amat menghargai tindakan kerajaan negeri yang menyatakan hasrat untuk mengamalkan sistem tender terbuka untuk semua kontrak dan kerja yang bakal dijalankan di setiap lapisan agensi kerajaan negeri.

a) Sila tunjukkan apakah procedure sistem itu dalam keterangan lanjut.

b) Adakah kerajaan negeri akan mewujudkan satu sistem tender yang tidak lagi merujuk kepada piawaian yang digunapakai di peringkat kerajaan persekutuan.

c) Sekiranya ada, sila memberikan apakah perbezaannya dibandingkan dengan dulu.

TAJUK (4) SUKAN

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Negeri Selangor yang menjadi Johan Keseluruhan di SUKMA (Sukan Malaysia) untuk 6 tahun berturut-turut telah tewas kepada Negeri Terengganu pada tahun ini.

a) Apakah penjelasan Menteri Besar yang menjawat Jawatankuasa tetap Belia & Sukan mengenai punca kekalahan tersebut.

b) Adakah Menteri Besar yang kemungkinan terlalu sibuk bercadang untuk melepaskan Jawatankuasa tetap ini kepada EXCO lain yang muda dan lebih bersemangat untuk meringankan beban dan memberi peluang kepada orang lain untuk menumpukan perhatian dalam memantapkan kemajuan sukan di negeri Selangor.

TAJUK (5) PEMBAIKAN PULIH DAN PENAIKAN TARAF INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Negeri Selangor adalah negeri yang mempunyai rantaian jalan dan perhubungan yang terbanyak jika dibandingkan dengan negeri lain. Rakyat Selangor sedia maklum bahawa kerajaan persekutan akan memperuntukan wang kepada setiap negeri megikut bilangan penduduk dan jalan yang sedia ada.

a) Berapakah jumlah peruntukan yang akan digunakan untuk pembaikan pulih dan penaikan-taraf jalan-jalan yang telah rosak dan kemudah-kemudahan lain mengikut jenis di negeri Selangor untuk tahun 2007 dan 2008.

b) Terdapat banyak aduan rakyat mengenai kerosakan jalan yang masih tidak diangkat berat oleh kerajaan tempatan walaupun telah diadu seperti yang dilakukan. Apakan peranan kerajaan negeri yang boleh membantu dalam memantau kes sedemikian.

TAJUK (6) ISU JENAYAH

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Jenayah dijangka meningkat seperti yang diujar daripada Ketua Polis Negeri Selangor. Yang menjadi prihatin saya, ialah isu keselamatan penduduk setempat yang merasa terancam dengan kehilangan harta benda mahupun nyawa.

a) Sila nyatakan statik jenayah di negeri Selangor mengikut daerah kebelakangan tahun.

b) Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan tempatan dalam usaha membantu membanteras jenayah. Sila nyatakan.

c) Sila kemukakan bilangan pemasangan CCTV di kawasan yang dikenal pasti dan akan dipasang oleh kerajaan negeri mengikut daerah dan perjanjian antara kerajaan tempatan berkenaan dengan pihak kontraktor.

TAJUK (7) ISU HYPERTENSION RAWANG

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

EXCO kerajaan negeri pernah membuat kenyataan akan meyelesaikan isu hypertension Rawang dalam tempoh masa 100 hari. Tetapi hakikatnya, tiada cadangan bernas ataupun jalan penyelesaian yang telah mula dilakukan.

a) Sila nyatakan tanah yang telah digaris panduan oleh kerajaan negeri untuk jalan alternatif hypertension.

b) Berapakah rumah yang terlibat untuk alternatif tersebut. Sekiranya ada, apakah pula pampasan yang akan diberi.

c) Sila terangkan dengan lebih lanjut jalan penyelesaian yang diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani isi hypertension Rawang.

TAJUK (8) TANAH UNTUK SEKOLAH KEBANGSAAN CINA BARU

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Saya ingin mengetahui samaada Kerajaan Negeri telah mengaris panduan tanah yang bakal diserahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk tujuan pembinaan sekolah kebangsaan jenis cina yang baru ataupun yang bakal dipindah ke negeri Selangor.

a) Sila nyatakan tapak simpanan untuk sekolah yang akan diperuntukan oleh kerajaan negeri kepada tempat-tempat tumpuan pelajar yang dilihat amat memerlukan sekolah baru dan pemindahan sekolah kebangsaan jenis cina.

b) Sila nyatakan butir-butir tersebut secara terperinci.

TAJUK (9) PELABURAN

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Protes-protes yang diadakan kerana sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan kebimbangan rakyat terhadap kestabilan politik yang dikhuatiri akan menyebabkan kurang minatnya pelabur asing terhadap Negeri Selangor yang amat bergantung kepada industri pembuatan.

a) Adakah Negeri Selangor juga telah tergugat oleh fenomena yang disebut di atas?

b) Setakat masa terdekat, berapakah jumlah pelaburan baru hasil pelawaaan kerajaan negeri dari luar Negara?

c) Sila nyatakan KDNK negeri Selangor dan KDNK Per Kapita untuk tahun 2008.

TAJUK (10) PELAN PENGANGKUTAN AWAM BARU NEGERI SELANGOR

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Negeri Selangor yang luas umpamanya amat memerlukan sebuah “blue Print” pengangkutan awam yang bakal menjadi rujukan masa depan dalam memaju dan memantapkan sistem pengangkutan awam berbanding dengan Wilayah Persekutuan yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang lebih extensif

a) Adakah kerajaan negeri sedia menderafkan satu “blue print” untuk pembangunan sistem pengangkutan awam.

b) Apakah usaha kerajaan negeri untuk memanfaatkan penduduk dengan menaiktaraf sistem perhubungan awam.