Monday, November 3, 2008

Sumbangan Bantuan Perayaan Deepavali Nigel Garner







Kerling, 27 Oktober 2008, Ahli Dewan Undangan Negeri KawasanKuala Kubu Bharu, YB Tuan Wong Koon Mun, telah menyampaikansumbangan berupa hamper yang mengandungi beras, gula, minyakmasak, milo dan lain-lain, kepada masyarakat india sempenamenyambut Deepavali.Sumbangan tersebut di sampaikan sendiri oleh YB Tuan Wong,terus dari rumah ke rumah, melalui turun padang dan mesrabertemu rakyat.Sebagai wakil rakyat, menjadi kewajipannya menyampaikansumbangan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan,lebih-lebih lagi, apabila tibanya hari perayaan.Bagi masyarakat india di Ladang Nigel Garner, kedatangan YBWong yang sudi turun padang menyampaikan terus sumbangan,mereka amat merasa terharu dan gembira, kerana walaupun jauhdi pendalaman mereka tidak di lupakan.Tidak seperti pemimpin lain, yang hanya datang melawat,bila tiba musim pilihanraya dan berjanji bermacam-macam,tetapi menghilangkan diri selepas pilihanraya.Dalam pada itu YB Wong, meminta masyarakat india terusbersatu dan menjaga perpaduan kehidupan dan menolakgolongan yang cuba memecah belahkan perpaduan dan masyarakatmereka.Kini masyarakat india telah mula terpikat dengan carakepimpiann YB Wong yang mesra rakyat, mesra pemimpin danselalu mengambil tahu dan membantu menyelesaikan masalahmereka.Mereka telah mengenali yang mana satu pemimpin, yang bolehberkhidmat kepada rakyat dengan baik dan dengan sepenuhmasa.Dari respon yang beri, penduduk, rata-rata mengkagumicara YB Wong bersama rakyat, ada sesetengahnya, setelahberpuluh tahun lamanya mereka menduduki ladang, inilahpertama kali mendapat sumbangan dari wakil rakyat.Menurut YB Tuan Wong, inilah pendekatan yang beliau ambil,agar dapat bertemu seramai mungkin rakyat yang tidakberkemampuan, membantu dan menolong mereka bagi memastikantiada golongan yang tertinggal.

No comments:

Post a Comment