Sunday, December 28, 2008

Penyerahan bantuan rumah baru kepada penduduk kaum india miskin di Kerling


Kerling, 21 Disember 2008, Bagi membantu golongan miskin untuk memiliki rumah sendiri, yang lebih selesa, dengan kemudahan asas yang secukupnya, Kerajaan Pusat sentiasa berusaha membantu golongan ini.Seorang penduduk kaum india dari Kerling, En G Krisnan mengucapkan berbanyak terima kasih atas inisiatif YB Wong Koon Mun, Wakil Rakyat Kawasan Kuala Kubu Bharu, bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat Kuala Kubu Bharu, telah menyediakan sebuah rumah baru yang lebih selesa sebagai tempat tinggalnya.En G Krisnan yang di temui berkata, dengan bantuan rumah yang baru ini, amat bermakna, bagi dirinya dan keluarga, kerana rumah yang menyediakan kemudahan asas seperti air, elektrik, ruang tamu, bilik tidur, bilik air, tandas yang sempurna dapat memberi keselesaan dan keselamatan kepada beliau sekeluarga.Berpuluh tahun beliau menunggu bantuan serupa ini, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih, atas kesungguhan YB Wong, ADUN KKB bagi membantu masalah rakyat.Menurut YB Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Kubu Bharu, bantuan daripada Kerajaan Pusat, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat miskin memiliki rumah yang lebih baik dan selesa kepada penghuninya.Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat membantu rakyat yang miskin yang tidak berkemampuan bagi memiliki rumah di atas tanah milik mereka sendiri.Beliau juga berharap Kerajaan Pusat dapat membantu lebih ramai golongan rakyat seperti ini pada tahun 2009 nanti.Rumah yang berharga lebih kurang RM 30,000.00 3 bilik ini, menyediakan kemudahan aasas yang baik.Turut hadir bersama penyerahan rumah baru ini, En Mohd Shanas Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Kuala Kubu Bharu dan En Narayanan Ketua MIC Kg Air Panas Kerling.

No comments:

Post a Comment