Sunday, December 28, 2008

Program penyerahan pakaian dan beg sekolah kepada pelajar miskin


Ladang Niger Garner, 22 Disember 2008, Musim persekolahan penggal baru bagi tahun 2009 akan menjelang beberapa hari sahaja lagi, setelah hampir dua bulan setengah bercuti.Bagi membantu golongan pelajar miskin agar dapat pergi ke sekolah, seperti kanak kanak lain yang berkemampuan, dengan berpakaian serba baru, YB Wong Koon Mun, Ahli Dewangan Undangan Negeri Kawasan Kuala Kubu Bharu, telah turun padang mendekati bagi membantu golongan ini.Seramai 20 orang pelajar miskin kaum india, melayu dan cina dari sekolah, SRJKT dan SRJK(C) Bukit Tangga Niger Garner, telah menerima sumbangan berupa pakaian sekolah dan beg sekolah yang baru.Menurut YB Wong, ADUN KKB, dengan bantuan seperti ini dapat meringankan bebanan yang di tanggong keluarga terbabit bagi menyediakn perbelanjaan persekolahan anak-anak terutama mereka yang mempunyai ramai anak.Bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Kaula Kubu Bharu ini, menunjukkan keperihatinan kerajaan pusat bagi membantu rakyat yang tidak berkemampuan bagi penggal baru sekolah akan datang.Rata-rata penerima sumbangan merasa bersyukur dan amat berterima kasih, kerana dengan peningkatan kos kehidupan sekarang dan penurunan harga komuditi getah sekarang, yang merupakan punca utama hasil pendapatan mereka telah terjejas.Bantuan berupa pakaian sekolah memang amat di nanti-nantikan mereka yang sentiasa kehidupan, berada di bawah paras kemiskinan.Ibubapa amat berterima kasih dan keperihatinan YB Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Kubu Bharu, yang tidak jemu jemu untuk turun padang membantu mereka, tidak bermusim, selalu turun padang menjenguk masalah rakyat dan sentiasa yang pertama dan terkehadapan membantu dan menyelesaikannya.Tidak seperti sesetangah pemimpin lain yang hanya datang apabila musim pilihanraya sahaja dan menghilangkan diri apabila habis musim pilihanraya.Mereka hanya pandai berjanji dan bercakap sahaja.YB Wong, juga berharap penduduk hendaklah bijak memilih pemimpin yang boleh mewakili mereka dan membantu, membela nasib mereka.Turut hadir En Mohd Syanas Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Kuala Kubu Bharu dan pemimpin pemimpin MIC tempatan.

No comments:

Post a Comment