Wednesday, April 1, 2009

Program Gotong Royong membersihkan kawasan di Taman Kruing Rasa



Rasa, seramai lebih kurang 120 penduduk telah hadir memberikan sokongan dan komitmen bagi menjayakan kerja sukarela dan kemasyarakatan ini.Hadir sama Tuan Haji Abdul Ghani bin Abu Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk , OCS Balai Polis Rasa dan Penyelaras Program. Dalam ucapan perasmian YB Wong Koon Mun, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Kubu Bharu, memuji sikap yangditunjukkan oleh warga taman ini atas sokongan dan komitmen bagi menjayakan kerja gotong royong ini.
Biasanya pada hari cuti hujung minggu ini, adalah hari bersama keluarga masing-masing, tetapi penduduk di taman ini dapat meluangkan masa dan membuat sedikit pengorbanan bagi menjayakan kerja gotong royong ini, ini menunjukkan satu sikap bertanggungjawaban, semangat kerjasama dan sentiasa wujudnya semangat perpaduan yang tinggi di kalangan penduduk.Sebagai Wakil Rakyat di kawasan ini, YB Wong, mengucapkan tahniah dan syabas kepada penduduk yang telah member sambuatan yang sangat baik dalam program hari ini. Selain dari itu ianya juga dapat merapatkan lagi hubungan sesama penduduk yang telah sedia terjalin, dapat dijadikan platform untuk mengenali sesama jiran dan warga taman ini bagi yang baru dengan yang lama. Dari segi kesihatan ianya baik untuk fizikal tubuh badankerana dengan peluh yang keluar dapat menyihatkan kita.Kawasan tanah Daerah Hulu Selangor agak luas dan kepadatan penduduk agak rendah, terdapat tanah kosong lebih daripada bangunan, oleh sebab itu sukar mengawal kawasan semak dan menjadikan tempat pembiakkan nyamuk aedes. Sebagai wakil rakyat YB Wong, banyak menerima aduan daripada penduduk terdapat, satu projek berhampiran taman ini terbengkalai sejak beberapa tahun lalu, ini adalah punca pembiakkan nyamuk aedes. Sebagai Wakil Rakyat, YB Wong akan memanjangkan aduan inikepada pihak MDHS supaya memohon PKNS mengambil tindakan samada menyiapkan projek tersebut atau merobohkan. Di kawasan luar bandar, penjagaan kawasan perumahan lebih sukar jika dibandingkan di kawasan bandar, seperti di PJ ,Subang atau Saah Alam kerana halaman kediaman diselenggaraan dengan baik, lengkap dengan saliran air, jalan, lampu jalan dan seni taman yang baik kerana ianya telah dirancang dengan teratur bagi menjaga imej perbandaran. Di kawasan luar bandar sentiasa menghadapi masalah longkangtersumbat, saliran air tersekat,,dan perkara ini bertambah buruk selepas pemerintahan kerajaan PakatanRakyat yang kurang memberi perhatian kepada aduan masalah rakyat. YB juga menyumbangkan sebanyak RM 500.00 untuk aktiviti pada program hari ini.


BERITA KEDUA
YB Wong Koon Mun Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Kubu Baharu, sentiasa mengamalkan sikap mesrarakyat dan turun padang menghadiri jemputan rakyat.inijelas menunjukkan keperihatinan YB Wong semasa menghadiri majlis perkahwinan anak Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Seri Teratai KKB, Puan Shamsiah.
Penduduk yang ditemui mengkagumi kesudian YB Wong, turun padang bersama rakyat tidak kira masa samada hari bekerja atau cuti hujung minggu tanpa mengira keadaan dan masa.Ini menunjukkan dan membuktikan pemimpin yang harus di contohi oleh setiap pemimpin rakyat, bukan hanya bersama rakyat semasa musim pilihanraya sahaja, tetapi sentiasa bersama rakyat dalam setiap masa samada susah, senang, suka duka dan gembira.

No comments:

Post a Comment