Sunday, July 26, 2009

Program Bantuan Rumah


Keluarga miskin merasa gembira kerana wakil rakyat mereka Y. B. Tuan Wong Koon Mun, telah mengumumkan kelulusan mengenai membaik pulih rumah-rumah meraka.Mereka mengucapkan ribuan terima kasih dengan pertolongan YB Wong dapat meringankan bebanan yang mereka tanggung selama ini. Beberapa penerima yang ditemui antaranya, puan Saliah Husin bersyukur kerana bumbung rumah yang bocor lebih 10 tahun dapat dibaiki. Bagi Norizan Sarijo juga meluahkan pendapat yang sama. Bagi puan Noromah Ahmad beliau amat berterima kasih kepada YB Wong kerana membantu mereka, kerana sebagai seorang ibu tunggal keadaan rumah yang dimasuki air apabila hujan. Bagi penerima- penerima bantuan baik pulih yang lain amat berterima aksih kepada YB Wong wakil Rakyat mereka yang selalu turun padang, memberi perhatian kepada masalah rakyat dan sentiasa membantu rakyat. Ketua UMNO Caewangan Kerling, Baharum Wariya, bersama ahli jawatankuasa cawangan, telah berkunjung ke rumah mereka dan penerima penerima bantuan mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatinan Wakil Rakyat Kuala Kubu Bharu YB Tuan Wong Koon Mun, yang banyak membantu masalah rakyat. Rakyat berasa amat senang cara bekerja YB mereka, kerana sedia membantu masalah rakyat. Ini membuktikan keperihatinan Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mengambil berat akan masalah rakyat, kerana rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Mereka berharap agar dapat disiapkan sebelum Hari Raya pada bulan September ini.

No comments:

Post a Comment