Sunday, July 26, 2009

Program Mesra Rakyat


Kerling, 18 Julai 2009, Dalam usaha berterusan mendekati rakyat, UMNO Cawangan Kerling telah menggadakan, satu program turun padang bagi membantu rakyat dan ahli UMNO yang kurang mampu. Menurut Baharum Wariya, Ketua UMNO Cawangan, programturun padang ini bagi mengenal pasti peniaga- peniaga kecil yang perlu di beri bantuanUMNO Cawangan di Ketuai Baharum Wariya, Ketua Wanita, Setiausaha cawangan dan beberapa orang ajk cawangan, wanita telah menyampaikan payung-payung bulat berkaki kepada peniaga peniaga kecil untuk kegunaan mereka Bagi Puan Junaidah Abdul Hamid dari Kg Air Panas, berterima kasih di atas sumbangan tersebut , beliau yang menjalankan perniagaan menjual makanan ringan, dan buah buahan potong ditepi jalan masuk ke Kem Latihan Khidmat Negara, dan di Kolam air panas pada hari sabtu dan ahad, berterima kasih kerana dengan adanya payung tersebut dapat melindungi mereka dari panas danhujan sewaktu berniaga Bagi puan Sairah Radimin, seorang ibu tunggal yang telah hampir lima tahun berniaga nasi lemak dan kueh mueh di pecan Kerling amat teruja, kerana inilah kali pertama adanya pemimpin masyarakat turun padang untuk membantunya dan selalu mengambil tahu perniagaannya, dengan adanya sumbangan payung yang diterimanya dapat melindungi mereka dari panas dan hujan, selama ini beliau berniaga dengan membuka meja dan tiada payung, disamping dapat melindungi jualannya. Bagi Nor Jumiah, yang baru mula berniaga di kawasan pejabat pos mini Kerling, melahirkan pendapat yang sama. Menurut Baharum Wariya, Ketua Cawangan, ini adalah satu program bagi membantu ahli ahli cawangan yang menjalankan perniagaan kecil kecilan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan bebanan mereka, serta memberi galakan kepada mereka untuk terus berniaga. Dengan adanya payung tersebut dapat mereka berniaga dengan lebih selesa dari hujan dan panas, ianya juga sebagai penarik atau iklan kepada orang ramai kerana dengan adanya payung yang berwarna warni orang ramai akan tahu ada orang berniaga. UMNO Cawangan juga membantu menguruskan mereka bagi mendapatkan lesen niaga dari pihak majlis Penerima mengucapkan terima kasih banyak kerana sumbangan payung tersebut daripada YB Wong Koon Mun ADUN Kawasan KKB, amat bermakna bagi mereka Ini menunjukkan keperihatinan Kerajaan Barisan Nasional bagi menangani masalah rakyat. yang tidak mampu.

No comments:

Post a Comment