Wednesday, September 16, 2009

Program Bantuan Orang Miskin menyamput Hari Raya Aidilfitri


Kerling, Sebagai wakil rakyat, bersempena kedatangan hari raya aidil fitri bagi umat islam, mereka yang tidak bernasib baik dan kurang berkemampuan tidak dilupakan. Justeru itu Ahli Dewan Undangan Kawasan Kuala Kubu Bharu, YB Tuan Wong Koon Mun, telah menyampaikan sumbangan berupa bahan makanan seperti beras, minyak masak, gula, susu, tepung kepada mereka. Barangan tersebut telah disumbangkan oleh beberapa orang usahawan dari masyarakat cina, iatu Dato’ Chu Ah Nge, Chia Kok Heng, Cham Wai Hen, Yap Yong Hwang dan Chine Weng Fok. YB Wong, dalam ucapannya berterima kasih kepada mereka kerana sama-sama memberi sumbangan tersebut, biasanya sumbangan ini di sampaikan kepada Masyarakat Tiong Hua sempena Tahun Baru Cina, kini mereka usahawan usahawan tersebut, telah meluaskan bantuan kepada masyarakat melayu bagi membantu mereka golongan yang kurang berkemampuan, lebih lebih lagi dengan kedatangan hari raya bagi umat islam yang akan tiba beberapa hari lagi. Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit bebanan kepada mereka yang tidak berkemampuan turut sama sama bergembira bagi menyambut hari raya nanti. Rata rata mereka penerima yang di temui amat bersukur dan berterima kasih atas keperihatinan wakil rakyat mereka turun padang bersama-sama mereka di waktu saat mereka memerlukan bantuan, sempena hari raya ini. Sumbangan ini bertepatan dengan saranan Perdaan Menteri, Dato Seri Mohd Najib bin Tun Razak, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Program ini sungguh baik walaupun berlainan agama dan bangsa dalam satu Negara seperti Malaysia, rakyat tanpa mengira bangsa dan agama turut sama sama membantu golongan yang kurang berkemampuan dan usaha ini harus diterapkan kepada mereka golongan yang berkemampuan agar keharmonian kehidupan pelbagai bangsa di Negara ini sentiasa ada pada semua generasi. Sesuai dengan konsep Satu Malaysia, membantu kepada mereka yang memerlukan dan golongan kurang berkemampuan, tanpa mengira bangsa dan agama. Seramai 160 orang penerima, 70 orang dari Kg Pasir dan Kg Air Panas Kerling, 20 orang dari Kg Jawa dan 70 orang dari Ladang Nigel Gardner telah menerima bantuan tersebut. Rata rata mereka penerima bantuan, terdiri dari ibu tunggal, warga emas, orang miskin, anak ramai, anak yatim, berterima kasih. kepada wakil rakyat, kerana bantuan yang diberi, dapat di manafaatkan untuk menyediakan juadah di hari raya. Turut hadir kesemua penyumbang penyumbang bantuan dari usahawan usahawan Masyarakat Cina, Tuan Haji Ali Manan Pengerusi JKKKP Kg Pasir, En Mahathir Abd Samad Pengerusi JKKKP Kg Jawa, Baharum Wariya Ketua UMNO Cawangan Kerling., Ketua Wanita UMNO Cawangan Kerling Siti Hawa Mohamed Mustapha, Syed Azhar Syed Mohd Zin, Setiausaha JKKKP kg Pasir serta AJK MCA Bahagian Hulu Selangor, yang turut turun padang bersama meraikan penerima bantuan.

No comments:

Post a Comment