KUALA KUBU BHARU – Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digesa supaya mempertingkatkan usaha dalam memastikan segala urusan di Jabatan itu dapat diselesaikan tepat pada masa yang ditetapkan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Paduka Chew Mei Fan berkata, gesaan itu selaras dengan hasrat Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahukan semua permohonan dibuat oleh rakyat untuk mendapatkan bantuan dapat diselesaikan dan pemberian bantuan dilaksanakan pada satu hari bulan setiap bulan. “Kementerian mengakui sebelum ini terdapat kelemahan di bahagian pengurusan melibatkan pemprosesan borang permohonan bantuan mengikut program bantuan yang telah ditetapkan. “Sebab itu, kementerian menambah Pegawai Kebajikan Sukarela (PKS) bagi memastikan segala kerja dan tugasan berkaitan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan menepati masa,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan JKM kepada 138 penerima bantuan pelbagai kategori di Pejabat MCA di sini semalam. Majlis itu turut dihadiri Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor, Maznah Othman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun. Mei Fan berkata, seramai lebih 900 PKS dilantik di seluruh negara dan sembilan daripadanya ditempatkan di daerah ini bagi membantu tugas-tugas berkaitan. Beliau melahirkan harapan supaya kehadiran PKS berkenaan dapat mempercepatkan lagi proses permohonan dan tidak berlaku lagi kes kelewatan atau pertindihan permohonan. Beliau turut menyahut saranan Menteri yang mahukan beliau turun ke setiap parlimen menjenguk permasalahan dihadapi Jabatan. Menurutnya, lawatan rasmi itu bagi meninjau sendiri segala kekurangan selain menilai prestasi pegawai ditugaskan. “Kita mahu pegawai yang ditugaskan dapat mempercepatkan siasatan terhadap setiap permohonan yang dibuat. “Ia bagi memudahkan dan menyegerakan pemprosesan borang permohonan seterusnya dapat disalurkan kepada penerima yang layak tepat pada masa ditetapkan pada setiap bulan,” katanya. Sementara itu, Koon Mun yang ditemui melahirkan sokongan terhadap usaha yang dilaksanakan kementerian dalam membantu JKM. Menurutnya, sekiranya penambahan pegawai tidak dibuat, maka segala urusan melibatkan pencarian pemohon yang layak dan proses meluluskan permohonan akan tersekat seterusnya menyebabkan kelewatan. “Kemasukan PKS telah banyak membantu urusan pejabat DUN (Dewan Undangan Negeri) dan masalah kelewatan pemberian bantuan juga sudah dapat diatasi. “Ini adalah bukti kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional dalam membantu golongan memerlukan sekali gus merealisasikan hasrat menjaga kebajikan rakyat seperti dizahirkan Datuk Seri Shahrizat,” katanya.
一个马华党员的心声
-
308,505 後,如果我说马华在华裔选民的代表性,是自1949创党年以来最低,应该没有几人会反对吧?
马华在蔡细历领航的505大选,只剩下微弱的7-11,虽然蔡细历在多方施压,迂回曲折情况下,勉强拂袖而去,但短时间内,对马华的复苏,没有什么正面的大冲击.
近年来,人和人的联系随着地球村变得更加紧密,人...
9 years ago
No comments:
Post a Comment