Y.B. TUAN WONG KOON MUN
KAWASA: ADUN N6 KUALA KUBU BHARU
TAJUK: ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Kerajaan negeri ada bercadang untuk telah menubuhkan secretariat bagi menguruskan OKU
Bertanya kepada YAB. Dato’ Menteri Besar :-
1. Sudahkan secretariat ini ditubuhkan dan apakah matlamat utama penubuhannya?
2. Berapakah bajet yang diperuntukkan untuk secretariat ini dan apakah program-program yang bakal dilaksanakan?
TAJUK: KAMPUNG BARU
Antara masalah di Kampung Baru ialah mendapatkan geran-geran tanah.
Bertanya kepada YAB. Dato’ Menteri Besar :-
1. Sehingga kini, berapakah jumlah Kampung Baru dan kawasan kampong Bagan yang telah mendapat geran tanah?
2. Bagaimana proses dan tempoh untuk mendapatkan geran-geran tanah tersebut?
3. Apakah program-program khursus yang dilakukan di kampung-kampung baru bagi memastikan penduduknya bersama dengan aspirasi kerajaan?
TAJUK: PELANCONGAN PENDIDIKAN
Bertanya kepada YAB. Dato’ Menteri Besar :-
1. Apakah perkembangan dan status terkini pembangunan produk pelancongan negeri berasaskan pendidikan (education tourism)?
TAJUK: KELEMBAPAN EKONOMI DI NEGERI SELANGOR
Kelembapan ekonomi kini, turut di rasai oleh rakyat dan peniaga di Negeri Selangor.
Bertanya kepada YAB. Dato’ Menteri Besar :-
1. Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu peniaga di premis-premis bawah kerajaan negeri yang di tadbir majlis daerah dalam kelembapan ekonomi sekarang, seperti sediakan bajet untuk kurangkan sewa premis dan beri insentif ?
TAJUK : KETURUNAN CUKAI PINTU
Dalam Manifesto pilihanraya lalu Pakatan Rakyat telah menjanjikan untuk menurunkan 20 peratus cukai pintu. Sehingga hari ini janji hanya tinggal janji, rakyat di tipu. Denda lewat bayar telah dinaikan kepada RM20, ini bebankan rakyat bukan semua rakyat mampu bayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
Bertanya kepada YAB. Dato’ Menteri Besar :-
1. Bilakah Kerajaan Negeri di bawah PR hendak menurunkan cukai pintu dan denda lewat yang dikenakan, rakyat amat berharap ianya dapat diturunkan, ianya dapat meringankan bebanan kehidupan rakyat sekarang dalam keadaan ekonomi yang lembab ini?
TAJUK :MASALAH KERJA PENYELENGGARAN MAJLIS
Rakyat memaklumkan tiada penyelenggaraan lomgkang-lomgkang, di kawasan Taman Perumahan, kampong-kampong yang berada di kawasan Majlis. Keadaann ini menyebabkan longkang-longkang yang tersumbat menjadi pembiakan nyamuk aedes, dan bila hujan turun lebih satu jam longkang-longkang dipenuhi air memasuki ke rumah. Ini akan membahayakan keselamatan penduduk.
Bertanya kepada YAB. Dato’ Menteri Besar :-
1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri mengatasi masalah tersebut?
2. Berapakah kos atau bajet yang di sediakan oleh Kerajaan Negeri dan berapa banyak kontraktor yang telah di lantik bagi menjalankan penyelenggaraan?
3. Bolehkah senarai pemborong penyelenggaraan diumumkan kepada rakyat supaya dapat dipantau oleh penduduk?
TAJUK : PENUBUHAN PASUKAN POLIS TEMPATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Cadangan Kerajaan Negeri Selangor ingin membentukan pasukan polis tempatan di Selangor dalam bajet 2010, satu pembaziran wang rakyat, ia satu agenda kepentingan politik perintah, becangah dengan Undang Negara, akan timbul salah guna kuasa.
Bertanya kepada YAB. Dato’ Menteri Besar :-
1. Adakah penubuhan ini dapat kebenaran dan kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri, tidak cukupkah dengan tugas PDRM, Rela dan Rukun Tetangga yang mengawal keselamatan negara dan rakyat ?
TAJUK : MASALAH PENGUATKUASAAN TEMPATAN
Tindakan MBSA hendak menangkap orang ramai atau orang yang kena kompaun, yang gagal bayar kompaun parking kereta.
Bertanya kepada YAB. Dato’ Menteri Besar :-
Adakah ini satu penyelesaian yang terbaik?
Adakah ini satu hasil atau bagi mengurangkan bantuan kerajaan perintah Selangor kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) ?
一个马华党员的心声
-
308,505 後,如果我说马华在华裔选民的代表性,是自1949创党年以来最低,应该没有几人会反对吧?
马华在蔡细历领航的505大选,只剩下微弱的7-11,虽然蔡细历在多方施压,迂回曲折情况下,勉强拂袖而去,但短时间内,对马华的复苏,没有什么正面的大冲击.
近年来,人和人的联系随着地球村变得更加紧密,人...
9 years ago
No comments:
Post a Comment