Thursday, July 24, 2008

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN WONG KOON MUN (KUALA KUBU BHARU)

TAJUK (1) SALIRAN DAN PENGAIRAN

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Terdapat sesetempat di negeri Selangor yang sering mengalami banjir kilat khususnya selepas hujan lebat berturutan seperti di Kampung-kampung tradisional yang mempunyai sistem pengairan yang tidak baik dan kedudukan geografi dan paras yang rendah.

a) Apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri dan JPS untuk menyelesaikan isu banjir yang sering melanda penduduk kampong-kampong tradisional tersebut.

b) Adakah projek pendalaman sungai dijalankan dan jikalau ada, sila nyatakan jumlah yang dibelanjakan dan adakah ia setimpal dan berkesan seperti yang dirancangkan.

TAJUK (2) PERTANIAN

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Penanaman minyak kelapa sawit dilihat sebagai tanaman yang paling berjaya di negeri Selangor jika dibandingkan dengan getah, padi dan sayur-syauran. Pertanian yang berjaya amat penting kerana ia mampu menurangkan defisit import sekiranya kita dapat menghasilkan dan menampung penggunaan harian.

a) Apakah bentuk galakan yang bakal diberikan kerajaan negeri kepada penanaman setiap jenis komoditi ataupun punca makanan.

b) Berapakah tanah di negeri Selangor yang terlibat secara langsung dengan pertanian mengikut jenis.

c) Adakah kerajaan negeri bercadang mengarispanduankan dan memperuntukan lebih banyak tanah kawasan luar bandar untuk tujuan pertanian ataupun perternakan.

TAJUK (3) RUMAH KOS RENDAH

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Kos sara hidup yang semakin menekan khususnya mereka yang hidup di kawasan Bandar. Rumah kos rendah yang dahulunya RM 35 ribu telah dinaikkan harga sehingga RM 42 ribu.

a) Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menurunkan harga jualan rumah kos rendah untuk memanfaatkan golongan berpendapatan rendah.

b) Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menyediakan lebih banyak lagi projek rumah kos rendah untuk rakyat Selangor yang layak. Sekiranya ada, sila nyatakan.

TAJUK (4) HARGA BARANGAN KAWALAN

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Sejurus kenaikan harga bahan pembakaran, terdapat bayak perniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga jualan ke paras yang tidak berpatutan.

a) Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk mengawal berlakunya kes kenaikan harga sewenang-wenang khususnya di kawasan luar bandar.

b) Berapakah kes yang telah dikesan dan apakah pula bilangan pemerikasaan yang dijalankan oleh penguatkuasa negeri di setiap daerah.

TAJUK (5) ISU KEMISKINAN

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

a) Apakah statistik kemiskinan di negeri Selangor yang terkini.

b) Sila nyatakan apakah program pembasmian kemiskinan yang dijalankan pada tempoh terdekat.

TAJUK (6) PETERNAKAN BABI DI TUMBUK

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Kita sedia maklum penternakan moden ini adalah mesra persekitaran.

a) Apakah ia sudah bermula operasi seperti yang ditunggu-tunggukan.

b) Apakah rancangan inisiatif kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu perpindahan lading-ladang di sekitar tempat luar daripada Tumbuk.

TAJUK (7) PERUNTUKAN RUMAH BERIBADAT BUKAN ISLAM

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

a) Sila nyatakan jumlah peruntukan yang bakal diperuntukan kepada rumah beribadat bukan islam pada tahun 2008 dan 2009.

b) Berapakah jumlah minma peruntukan yang bakal diterima untuk seseunit rumah berhala.

TAJUK (8) ISU PEMUTIHAN KILANG HARAM

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

a) Setakat masa terkini, berapakah kilang haram yang berjaya diputihkan.

b) Apakah pula usaha kerajaan dalam menggalakkan kilang haram ini diputihkan seperti yang dirancang.

TAJUK (9) WILAYAH LEMBAH KLANG 2

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

a) Adakah projek ini masih dalam rancangan kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan yang disebut di atas?

b) Sekiranya ada? Apakah pula jumlah wang yang digunapakai dan Syarikat Swasta yang terlibat untuk melaksanakan projek tersebut.

TAJUK (10) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

a) Sila nytakan peruntukan yang bakal diberikan kepada Kampung-kampung baru.

b) Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membangunkan kampung-kampung baru yang dilihat mempunyai potensi untuk pembangunan pertanian dan pelancongan.

No comments:

Post a Comment