Monday, March 16, 2009

Program Merasmikan Sukan Tahunan Ke23 Di SJKT Nigel Garder, Sg Tinggi







Walaupun program yang diadakan jauh di luar bandar, ini tidak mematahkan semangat dan komitmen YB Wong Koon Mun, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Kubu Bharu, untuk menghadirinya. Bagi YB Wong dengan adanya program ini, beliau dapat turun padang, bertemu rakyat, membolehkan beliau menerima maklum balas secara terus dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
YB Wong yang ditemui, semasa merasmikan sukan tahunan kali ke 23 Sek Ren Jenis Keb Tamil Ladang Nigel Gardner, menyeru ibu bapa agar dapat memupuk semangat dan minat anak-anak untuk terus belajar bagi kejayaan masa depan.
Sukan haruslah dijadikan satu pendidikan kepada anak-anak, dengan menyertai sukan dapat melahirkan fizikal, kesihatan dan pemikiran yang sihat, seterusnya anak-anak yang sihat akan memberi rangsangan kepada mereka untuk terus menerima pembelajaran dengan baik.
YB Tuan Wong dalam ucapanya juga berkata, dari segi sejarah semasa pemerintahan Britis, telah menempatkan masyarakat di negara ini, seperti melayu di tempatkan di kampong kampong, masyarakat cina di perkampungan baru, masyarakat india di ladang-ladang.
Dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang bangsa, itu tidak menghalang untuk kita terus menggekalkan perpaduan antara kaum, bagi membina satu negara Malasyia yang berjaya.Semua kaum bebas mendapatkan pendidikan seterusnya untuk terus berjaya dan mencorak kejayaan dalam kehidupan di negara ini.Ramai anak-anak yang dilahirkan di ladang, telah berjaya dalam kehidupan, ramai yang telah menjadi golongan profesional, seperti doktor, jurutera, peguam, ahli perniagaan dan lain-lain.Dalam era kemodenan negara ini, menjadikan kemajuan teknologi pertanian telah membawa banyak perubahan dalam industri pertanian, termasuk di ladang-ladang.Kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah negara ini selama 51 tahun, telah berjaya meletakkan pencapaian yang terbaik dan membantu rakyat serta menyediakan banyak peluang-peluang, seperti pendidikan, perniagaan, pekerjaan bagi memastikan rakyat mendapat menafaatnya.Sementara itu Puan K. Kamala Ganeson, merakamkan ucapan ribuan terima kasihatas sokongan wakil rakyat, dan memberi sumbangan bagi menjayakan sukan tahunan iniKepada semua pihak, guru-guru, ibu bapa, penduduk tempatan yang telah bergabung tenaga bagi menjayakan sukan tahunan ini.Turut hadir Puan Manimegalai, Pengerusi PIBG SRJKT Ladang Nigel Gardner, Encik Suppayah Pengurus Ladang, Encik Nagamuthu Pengerusi MIC.Seramai 150 orang penduduk tempatan, termasuk murid-murid, ibu bapa, bekas pelajar, telah menghadirinya.

Tuesday, March 3, 2009

PERTANYAAN SOALAN DEWAN MAC 2009

PERTANYAAN-PERTANYAAN DARIPADA YB TUAN WONG KOON MUN
( Kuala Kubu Bharu)

TAJUK (1): PERTERNAKAN BABI DI TUMBUK
Kita sedia maklum penternakan moden ini adalah mesra persekitaran.

a) Apakah ia sudah bermula operasi seperti yang ditunggu-tunggukan.?
b) Apakah rancangan inisiatif kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu perpindahan lading-ladang di sekitar tempat luar daripada Tumbuk?.

TAJUK (2) PERUNTUKAN RUMAH BERIBADAT BUKAN ISLAM

a) Sila nyatakan jumlah peruntukan yang bakal diperuntukan kepada rumah beribadat bukan islam pada tahun 2008 dan 2009 ?
b) Berapakah jumlah minma peruntukan yang bakal diterima untuk seseunit rumah berhala?

TAJUK (3) Kelembapan Ekonomi di Negeri Selangor Kelembapan
ekonomi dunia kini, turut di rasai oleh rakyat di Negeri Selangor.Dengan kenaikan kos harga barangan di pasaran, menyebabkan rakyat terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk menanggung kos kehidupan, termasuk kos pendidikan anak-anak.

1. Yuran tetap persekolahan seorang murid sebanyak RM 48.00
2. Buku Teks di antara RM 32.00 hingga RM 66.00 mengikut darjah
3. Yuran PIBG RM 64.00 Bagi seorang anak ibu bapa membelanjakan sebanyak RM 178.00

(a) Apakah tindakan Kerajaan Selangor bagi membantu ibu bapa yang terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang berada di bawah Pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor?
(b) Adakah Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor, mengambil berat perkara ini dapat dikecualikan daripada membayar yuran dan menyediakan buku teks percuma kepada pelajar?.
(c) Di maklumkan bahawa ramai ibubapa luar bandar tidak dapat menghantar anak anak ke sekolah kerana kos yang tinggi. Bolehkah memberi statistik jumlah anak anak yang bersekolah dan dengan anak anak yang tidak bersekolah?

TAJUK (4) Tindakan Negeri Selangor menghadapi kegawatan ekonomi.
Dalam kegawatan ekonomi ini turut di rasai oleh sektor perindustrian di negeri ini
(a) Apakah plan dan perancangan serta tindakan Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat negeri ini/ pekerja-pekerja yang di berhentikan kerja dan galakan atau insentif kepada industri industri di negeri ini ?
(b) Berapakah pelaburan baru dibawah pemerintah Kerajaan PR telah membawa ke Negeri Selangor ?
( c) Berapa jumlah nilai pelaburan ?

TAJUK (5) Kerja-kerja penyelenggaraan Dewan & Balairaya
Kerajaan Negeri Selangor di masa pemerintahan Barisan Nasional dahulu telah menyediakan infrastruktur yang baik bagi dewan dewan atau balai raya untuk kemudahan rakyat dengan baik.Setelah hampir setahun dewan dewan tersebut berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, saya di fahamkan terdapat kerosakkan beberapa buah dewan dalam daerah Hulu Selangor tidak dapat diselenggara oleh pihak yang berkenaan.

( a ) Apakah Kerajaan Negeri menyedari perkara ini.?
( b ) Apakah tindakan segera di ambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah tersebut.?( c) Jika kerajaan negeri boleh menyediakan bajet keutama, untuk membeli kereta Toyota Camry bagaimana kerja-kerja menyelenggaraan dewan dan balai raya?

TAJUK (6) Masaalah penyakit nyamuk aedes dan Chikugunya.
Negeri Selangor di kenal pasti tempat pembiakan nyamuk aedes, ianya telah di isytihar kawasan panas dan mencatat kes yang tinggi, sehingga kini sebanyak 18 kes kematian dan sebanyak 6700 kes di kesan. Jika keadaan ini meningkat ianya boleh membawa keburukan kepada rakyat selangor.

( a ) Apakah tindakan Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan pencegahan terutama di kawasan Bandar di mana terdapat longkang- longkang tersumbat, kawasan semak dalam pekan yang menyebabkan pembiakan jentik jentik.?
(b) Rumah kosong atau bangunan yang terbiar merupakan punca dan tempat pembiakan nyamuk aedes, apakah tindakan Kerajaan Tempatan menghadapi masaalah tersebut?
( c) Bolehkah memberi statsitik pencegahan, yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengambil tindakan pembasmian.?.

TAJUK (7) Masaalah kerja penyelenggaraan Majlis
Rakyat memaklumkan tiada penyelenggaraan lomgkang-lomgkang, di kawasan Taman Perumahan, kampong-kampong yang berada di kawasan Majlis, lampu jalan yang gelap di kawasan taman taman perumahan Kg Air Panas dan Kg Pasir KerlingKeadaann ini menyebabkan longkang- longkang yang tersumbat menjadi pembiakan nyamuk aedes, lampu jalan yang gelap di waktu malam membahayakan keselamatan penduduk.,

( a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri mengatasi masalah tersebut.?
( b) Berapakah kos atau bajet yang di sediakan oleh Kerajaan Negeri dan berapa banyak kontraktor yang telah di lantik bagi menjalankan penyelenggaraan. ?
( c ) Bolehkah senarai pemborong penyelenggaraan diumumkan kepada rakyat supaya dapat dipantau oleh penduduk?

TAJUK (8) Keturunan cukai pintu
Dalam Manifesto pilihanraya lalu Pakatan Rakyat telah menjanjikan untuk menurunkan 20 peratus cukai pintu. Sehingga hari ini janji hanya tinggal janji, rakyat di tipu.
( a ) Bilakah Kerajaan Negeri di bawah PR hendak menurunkan cukai pintu, rakyat amat berharap ianya dapat diturunkan, ianya dapat meringankan bebanan kehidupan rakyat sekarang dalam keadaan ekonomi yang lembab ini?

TAJUK ( 9 ) Skim Takaful Warga Emas/Tawas
Skim Takaful Warga Emas / TAWAS kepada rakyat SelangorRakyat berharap ianya di perluaskan penyertaan kepada rakyat yang berumur 50 tahun ke atas, ianya dapat penyertaan menyeluruh rakyat lebih luas.

( a ) Adakan Kerajaan Negeri bercadang untuk meluaskan cadangan rakyat?
( b ) Berapakah statistik penyertaan yang di terima dan statistik kos yang telah di bayar kepada peserta sehingga sekarang.?

TAJUK (10) Pengambilan konsensi Air Di Selangor Kerajaan Selangor menawarkan untuk membeli konsensi air daripada SPLAS, ABAS, SYABAS dan PUNCAK NIAGA.Di fahamkan bagi membeli Splas Kerajaan Negeri menawarkan 2 bilion

( a ) Berapakah keseluruhan kos yang perlu di belanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi pengambil alihan tersebut?.
( b ) Apakah jaminan Kerajaan Negeri tiada kenaikan kos air setelah pengambil alihan dan tidak merugikan wang rakyat berhubung pengambil alihan.?
( c ) Apakah jaminan Kerajaan Negeri kualiti perkhidmatan dan kualiti air bersih kepada pengguna.? .