Monday, March 16, 2009

Program Merasmikan Sukan Tahunan Ke23 Di SJKT Nigel Garder, Sg Tinggi







Walaupun program yang diadakan jauh di luar bandar, ini tidak mematahkan semangat dan komitmen YB Wong Koon Mun, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Kubu Bharu, untuk menghadirinya. Bagi YB Wong dengan adanya program ini, beliau dapat turun padang, bertemu rakyat, membolehkan beliau menerima maklum balas secara terus dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
YB Wong yang ditemui, semasa merasmikan sukan tahunan kali ke 23 Sek Ren Jenis Keb Tamil Ladang Nigel Gardner, menyeru ibu bapa agar dapat memupuk semangat dan minat anak-anak untuk terus belajar bagi kejayaan masa depan.
Sukan haruslah dijadikan satu pendidikan kepada anak-anak, dengan menyertai sukan dapat melahirkan fizikal, kesihatan dan pemikiran yang sihat, seterusnya anak-anak yang sihat akan memberi rangsangan kepada mereka untuk terus menerima pembelajaran dengan baik.
YB Tuan Wong dalam ucapanya juga berkata, dari segi sejarah semasa pemerintahan Britis, telah menempatkan masyarakat di negara ini, seperti melayu di tempatkan di kampong kampong, masyarakat cina di perkampungan baru, masyarakat india di ladang-ladang.
Dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang bangsa, itu tidak menghalang untuk kita terus menggekalkan perpaduan antara kaum, bagi membina satu negara Malasyia yang berjaya.Semua kaum bebas mendapatkan pendidikan seterusnya untuk terus berjaya dan mencorak kejayaan dalam kehidupan di negara ini.Ramai anak-anak yang dilahirkan di ladang, telah berjaya dalam kehidupan, ramai yang telah menjadi golongan profesional, seperti doktor, jurutera, peguam, ahli perniagaan dan lain-lain.Dalam era kemodenan negara ini, menjadikan kemajuan teknologi pertanian telah membawa banyak perubahan dalam industri pertanian, termasuk di ladang-ladang.Kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah negara ini selama 51 tahun, telah berjaya meletakkan pencapaian yang terbaik dan membantu rakyat serta menyediakan banyak peluang-peluang, seperti pendidikan, perniagaan, pekerjaan bagi memastikan rakyat mendapat menafaatnya.Sementara itu Puan K. Kamala Ganeson, merakamkan ucapan ribuan terima kasihatas sokongan wakil rakyat, dan memberi sumbangan bagi menjayakan sukan tahunan iniKepada semua pihak, guru-guru, ibu bapa, penduduk tempatan yang telah bergabung tenaga bagi menjayakan sukan tahunan ini.Turut hadir Puan Manimegalai, Pengerusi PIBG SRJKT Ladang Nigel Gardner, Encik Suppayah Pengurus Ladang, Encik Nagamuthu Pengerusi MIC.Seramai 150 orang penduduk tempatan, termasuk murid-murid, ibu bapa, bekas pelajar, telah menghadirinya.

No comments:

Post a Comment