Wednesday, October 22, 2008

Bahas Berlanjawan 2009 Dewan N Sel

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat

Tidak di nafikan, sektor perindustrian merupakan komponen utama menyumbang kepada perkembangan ekonomi sesebuah negeri dan negara. Tidak dinafikan juga, kemasukan pelabur-pelabur luar yang berjumlah bebilion ringgit di negeri selangor kini, adalah usaha, komitmen dan kerja keras kerajaan terdahulu, di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional ketika itu.. Kerajaan Barisan Nasional, yang memerintah Negeri Selangor ketika itu telah membuktikan dan melaksanakan tugas dan tanggunggawab kepada pembangunan negeri, kemajuan dan kesejahteraan kehidupan rakyat.

Tuan Speaker,

Pada tahun 2006, sebanyak 312 projek telah diluluskan oleh kerajaan. Pada tahun 2007, jumlah projek yang diluluskan ialah 318. Jumlah modal pelaburan negeri Selangor pada tahun 2006 ialah RM5,380,384,318.00. Jumlah ini meningkat kepada RM11,181,450,369.00. Pelaburan ini kemudiannya telah mewujudkan 35,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Selangor. Ini fakta.

Soalnya bolehkah kerajaan negeri pada hari ini meningkatkan jumlah pelaburan asing atau setidak-tidaknya mengekalkan prestasi pelaburan sedia ada? Tindakan dan perancangan yang kita buat seharusnya menyokong kepada usaha meningkatkan nilai pelaburan ini. Saya tidak melihat dalam bajet peruntukan yang jelas berapa untuk melaksanakan aktiviti menarik pelaburan – lawatan misi perdagangan misalnya atau sebagainya.


Apakah tindakan kita yang konstruktif untuk menarik pelaburan asing atau tempatan ini? Sebaliknya, apa yang dilakukan sekarang ialah kita menjadikan pelabur-pelabur asing “takut” untuk datang melabur. Apa yang saya maksudkan ialah kerajaan telah menganjurkan siri-siri demonstrasi. Demonstrasi-demonstrasi ini telah menyebabkan huru-hara dan menjadikan keadaan dalam masyarakat tidak stabil, sekali gus tidak merangsang pertumbuhan ekonomi dan keinginan pelabur asing untuk melabur.

-Pada 14 April 2008, berlakunya perhimpunan yang dinamakan sebagai “Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat” di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur. Menteri Besar Selangor juga hadir dan perhimpunan itu diarahkan ditamatkan lebih awal.

-Kemudian, pada 6 Julai 2008 bertempat di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, dianjurkan pula “Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat” kononnya untuk memprotes kenaikan harga minyak. Kita semua tahu bahawa perhimpunan tersebut telah meninggalkan kontroversi yang memualkan dengan adegan “londeh seluar”.

-Baru-baru ini, pada 16 September 2008, berlaku lagi perhimpunan atas nama Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Kita menyaksikan pada tarikh tersebut pembentukan “kerajaan baru Malaysia” oleh Pakatan Rakyat tidak berlaku.

Keseluruhannya, kerajaan negeri sendiri menjadi penganjur secara langsung atau tidak langsung terhadap siri-siri bantahan, perhimpunan dan demonstrasi ini.Bagaimanakah di peringkat pelaksanaan, sektor perindustrian dapat dikembangkan oleh Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat.Jika, Pakatan Rakyat sentiasa menimbulkan keadaan yang tidak menentu dan mengganggu gugat kestabilan politik Negara.

Rakyat mengetahui, pelabur-pelabur luar juga mengetahui, Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat, sangat berminat mengganggu gugat kestabilan politik dan keamanan negara. Dengan menimbulkan dan mencetus beberapa isu politik bagi menarik perhatian rakyat agar bersimpati dengannya.

Penasihat parti keadilan rakyat, suka bermain politik, dengan menipu rakyat, menakut-menakutkan pelabur serta memberi gambaran yang burok kepada pelabur dalam dan luar negara, dengan menyatakan beliau akan menjadi Perdana Menteri, seperti di canangkan melalui gimik politiknya.

Tuan speaker dan ahli-ahli yang berhormat

Tindakan beliau, yang ingin merampas kuasa melalui helah politiknya, menimbulkan keadaan tidak menentu pada permulaannya, ia memberi impak yang tidak baik kepada perkembangan ekonomi, kestabilan dan keamanan negara.Adakah tindakan beliau ini, seperti anak kecil dapat memberi keyakinan dan dapat menarik pelabur-pelabur baharu di negeri ini.Ketidak kestabilan, kerajaan pakatan rakyat yang tidak sehaluan, dalam menyelesaikan beberapa isu rakyat, menyebabkan pelabur-pelabur luar berasa gusar dan curiga untuk melabur di negeri ini.

Cara kerajaan pakatan rakyat yang tidak bijak menangani isu-isu rakyat yang berbilang kaum, keamanan boleh diragui, pelabur-pelabur dalam dan luar negeri mengambil keputusan melabur di negeri lain.Kerajaan pakatan rakyat, tidak ada pengalaman mengurus dan tidak bijak melaksanakan pembangunan ekonomi, menyebabkan pelabur-pelabur belum berminat menggembangkan pelaburanya atau mengambil sikap tunggu dan lihat.

Kerajaan pimpinan pakatan rakyat, tidak telus dan peka kepada kehendak pelabur-pelabur, sentiasa membangkitkan demonstrasi atau tunjuk perasaan jalanan dan akhirnya minat pelabur akan menjadi lebur.Usaha-usaha kerajaan negeri, bagi menarik pelabur-pelabur dalam industri teknologi tinggi baharu, seperti teknologi solar hanya gimik politik sahaja, kita tidak nampak usaha-usaha kerajaan pakatan rakyat untuk membangunkan ( R&D ) penyelidikan dan pembangunan serta persediaan bagi membangunkan sektor tersebut. Pakatan Rakyat hanya menumpukan mainan dan sendiwara politik sahaja.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, kerap mengganggu kacau dengan menyatakan, beliau akan menjadi perdana menteri pada 16 September, melompatnya seramai 30 ahli parlimen BN, kerjasama dengan YBM Tengku Razaliegh Hamzah dan terbaru akan menjadi PM pada bulan Disember ini.Beliau telah menipu rakyat.

Kini rakyat telah bosan dengan taktik kotor politiknya sanggup menafikan suara majoriti rakyat setelah BN menang dan membentuk kerajaan persekutuan dalam pilihanraya yang lalu.
Sepatutnya ini masa menjalankan tanggungjawab dan menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri dan kemajuan kehidupan rakyat.Jika inilah cara yang ditunjukkan, saya yakin kerajaan pakatan rakyat akan gagal merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri melalui sektor perindustrian

Saya amat meragui dan muskil, kerajaan negeri menyatakan akan menarik pelaburan baharu berjumlah lebih 12 Billion setahun, ianya merupakan gimik kenyataan sahaja.Jika ini berterusan, ia akan membuat pelabur-pelabur luar negara, tidak berminat untuk melabur, kerana keadaan politik yang tidak stabil yang di cetuskan oleh pakatan rakyat.

Tujuh bulan pilihanraya telah berlalu, sepatutnya Pakatan Rakyat menumpukan sepenuh tanggungjawab dan tugas membangunkan negeri dan memajukan pendapatan rakyat, di peringkat persekutuan dan negeri Pakatan Rakyat sentiasa tidak mewujudkan kesefahaman dalam banyak isu rakyat. Dalam pasaran ekonomi global, akan wujud persaingan di antara negara-negara. Keadaan negara yang tidak stabil akan menyebabkan pelabur-pelabur akan berhijrah ke negara lain seperti di China, India Indonisia, Thailand, Kemboja, Vietnam dan lain-lain negara yang menawarkan:-

Kestabilan politikPasaran Tempatan yang luasKos Buroh yang rendah Saya juga, mendapat aduan dari pelabur-pelabur kerajaan negeri mengamalkan_Masalah proses dan birokrasiTiada perubahan Masalah tanah – plan perancangan, kelewatan kelulusan taknikal dan pembangunan
Kelulusan perlu melalui tujuh jabatan, satu jabatan perlu 20 ulasan, jika tujuh jabatan perlu 140 ulasan.Permohonan yang sukar dan lewat Keadaan ini, jika berterusan akan memberi ruang dan boleh membawa penyalahan guna kuasa dan terdedah kepada gejala rasuah.

Kerajaan pakatan rakyat telah mengadakan selangor industri centre SSIC Soalan saya, berapakah kes yang telah di selesaikan bagi membawa pelabur baru dan berapa tempuh masa yang di ambil bagi menyelesaikannya.
Berapa jumlah pelaburan yang kerajaan negeri perolehi di bawah kerajaan pakatan rakyat.

Kerajaan negeri sentiasa mengambil pendekatan dengan menyumbang sebanyak 5 kilo beras kepada setiap rakyat yang tidak berkemampuan, miskin Sumbangan 5 kilo tersebut hanya dapat menampung untuk 5 hari sahaja, hari-hari berikutnya bagaimana

Kerajaan negeri pakatan rakyat harus memikirkan bagaimana menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat negeri dan tidak bergantung kepada pekerja asing. Agenda ‘ merakyatkan ekonomi selangor ‘ menjadi pendekatan kerajaan pakatan rakyat.Adakah agenda ‘ merakyatkan ekonomi selangor akan bertukar kepada ‘ agenda meranapkan ekonomi selangor, kerana akan timbul unsur-unsur tidak sihat hala tuju kerajaan pakatan rakyat.

Soalan saya, mengapa skim takaful untuk warga tua, bantuan untuk pelajar memasuki IPTA tidak dberi secara menyeluruh kepada rakyat yang layak, ini telah menimbulkan kekecewaan rakyat kepada kerajaan pakatan rakyat yang seolah-olah pilih kasih dan memilih bulu.

Langkah kerajaan negeri memberi hak monopoli industri pasir dan batuan kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd, yang monopoli industri pasir dan batuan “ di semesta alam di negeri selangor ini “ akan mengundang risiko berikut:-Penyelewengan produkTidak telus/ Hilang kawalan/ tempuh masaTerdedah kepada gejala rasuah Penyelewengan sumberKeuntungan satu pihak sahaja (syarikat)Apakah langkah dan tindakan kerajaan negeri bagi membendung gejala ini akan berlaku.

Tidak melaksanakan projek-projek hartanah secara usaha sama atau menjual tanah secara terus atau kerajaan sendiri yang membangunkan hartanah tersebut..Tidakan kerajaan negeri ini hanya akan melembabkan kerancakan perkembangan ekonomi dan pembangunan negeri.Tindakan ini akan mengurangkan kutipan cukai, kemampuan kewangan kerajaan akan terjejas, pembaziran wang rakyat.Terdedah kepada gejala rasuah dan penyelewengan diperingkat pelaksana.

Bajet kerajaan terdahulu ada menumpukan agenda perindustrian dan ekonomi keraan ia nya memberi sumber kewangan kepada kerajaan dan rakyat mendapat peluang-peluang pekerjaan seterusnya kebajikan rakyat terbela.Apakah tindakan kerajaan negeri bagi nerancakkan perkembangan ekonomi dan kebajikan keseluruhan rakyat terbela.

Dalam ucapan bajet 2009, YAB Tan Sri Dato MB ada menyatakan selangor maju, bukan kerana polisi dan dasar Kerajaan Barisan Nasional dahulu. Ini menunjukkan beliau tidak mengikuti perkembangan semasa dan ketinggalan.Kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional ketika itu, menjalankan usaha menarik pelabur, menyediakan segala infrastruktur, kerjasama korporat telah menjadikan negeri selangor menjadi tumpuan pelabur. Kerana pelabur tidak akan datang menggolek tanpa ada usaha.

Usaha Barisan Nasional ketika itu telah memewahkan rakyat selangor, tetapi kerajaan pakatan rakyat hanya pandai bercakap sahaja, cukup hanya memberi 5 kilo beras itu sudah dikatakan mewah baginya.

Tuan speaker dan ahli-ahli yang berhormat

Sebagai wakil rakyat, rakyat telah melahirkan kekesalan kepada kerajaan pakatan rakyat yang telah berjanji bagi menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus, tetapi sehingga kini tiada penurunan dibuat, rakyat amat berharap ianya dapat dilaksanakan pada awal tahun 2009 ini.

Kini kerajaan pakatan rakyat seolah-olah mrnggalakkan banyak rumah-rumah urut dan pusat-pusat hiburan.Soalan saya, adakah ini satu industri baharu dan kutipan cukai bagi hasil kerajaan pakatan rakyat yang baharu.

Kerajaan selangor pakatan rakyat tidak mengiktiraf wujudnya JKKKP dan peranannya kepada rakyat. Saya mendapat maklum ramai komuniti rakyat mengiktiraf kewujudan JKKKP, kerana ada di antara JKKK tidak memainkan peranan aktif kepada komuniti penduduk setempat, kerap menghilangkan diri. Apakah Kerajaan negeri pakatan rakyat tidak menyedari perkara ini, berlaku di peringkat penduduk.

Kerajaan pakatan rakyat hendaklah memperakui dan tidak menafikan kemasukan pelabur-palabur dengan jumlah bebilion ringgit adalah kerana kecekapan dan pengurusan yang telus Kerajaan Barisan Nasional lalu. Kunci utama kejayaan sektor perindustrian, kerana kestabilan politik yang di bawa oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ketika itu.

Sekian. Terima kasih

Wednesday, October 8, 2008

马华中委候选人 YB黄冠文州议员 恳求代表同志“让此幼苗、茁壮成长、精诚团结、重夺雪州政权”


敬爱的马华中央代表同志:


“星星之火足以燎原”



“冠文是雪州硕果仅存的两位州议员之一,作为刚卸任的雪州马青州分团团长及马华雪州民联政府反对党议员,是雪州马华的火苗,重夺雪州政权的燎原之火。请给冠文支持,让他胜出中央党职,继续维护马华,朝向在雪州夺回政权为目标!!”



Thursday, October 2, 2008

超齡卸下州團長職‧黃冠文競選中委

吉隆坡)因超齡而“下”的現任雪蘭莪州馬青團長兼新古毛區州議員黃冠文週六在州會發表最後一次演說時,宣佈他將競選馬華中委職。
黃冠文在致詞時也說,他希望新的團隊能夠秉持大整合的精神,將雪州馬青建立為一個強大的州分團,作為重奪雪州政權的先鋒。
他說,在馬華及國陣最弱的時候退黨及跳槽民聯的馬華黨員和領袖,絕對是一種懦夫的行為。
“我們譴責這些自私自利的行為,他們的舉動令我們感到厭惡。要記得,變節者永
都是變節者,無需任何理由美化他們的舉動。”
黃冠文強調,說得嚴重一些,馬華正面臨生死存亡的窘境,
現在的情況是四面楚歌,內擾外患。
“在內,黨選使到內部的分裂加深,一些不
滿選舉結果或輸了黨選的同志,選擇利用這個理由退黨或跳槽。在外,有安華不斷散播916日奪權的計劃,弄得人心惶惶。”
他認為,改革是馬華唯一的出
,不只馬華需要大刀闊斧的改革,國陣尤其是巫統更需要徹底的改革,才能重新獲得人民的信任及委托。光明日報‧2008