Wednesday, September 2, 2009

Majlis Perasmian Penutup Program Info Bestari


Kerling, Keharmonian dan perpaduan antara kaum merupakan asas kepada keamanan kehidupan rakyat di Negara ini. Sikap saling hormat menghormati menjadikan Negara dalam kedudukan stabil, aman dan seterusnya bersama-sama menyumbang kepada kemajuan Negara. Rakyat Negara ini harus bersyukur keamanan yang kita samasama kecapi hari ini di dorong dari sikap toleren dan kerjasama dari generasi dahulu hingga kini. Program Info Bestari berkonsepkan Satu Malaysia, seperti mana saranan Perdana Menteri telah dapat di praktikkan di program Info Bestari Mukim Kerling, yang telah di adakan ahad lalu. Penyertaan dari semua kaum, Melayu, Cina, India, Asli di program ini membuktikan masih wujud perpaduan, jati diri antara kaum masih kuat di kalangan rakyat. Kita boleh lihat penyertaan dari semua kaum dalam Program Info Bestari ini dapat merapatkan lagi hubungan yang telah sedia terjalin dari dahulu lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Kubu Bharu, YB Tuan Wong Koon Mun, berucap semasa Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Info Bestari Mukim Kerling.Di Kerling, program yang di adakan berlainan dari tempat-tempat lain, biasanya program ini hanya satu kaum sahaja yang menyertai, di sini penyertaan dari semua kaum sunguh baik. Antara program yang diadakan, pertandingan futsal sebanyak 10 pasukan golongan muda telah menyertainya,, sukanika kanak-kanak, sukan dewasa, lelaki dan wanita. Pada sebelah paginya diadakan senamrobik beramai ramai. Program untuk kaum ibu, pertandingan membuat menu tradisional orang melayu, sambal belacan, gubahan kreatif,pertandingan melukis dan mewarna bagi kanak kanak dan lain-lain lagi. Persembahan tradisional dari pelbagai kaum. Pameran dari pelbagai Jabatan Kerajaan, seperti Pejabat Kesihatan mempromosikan pencegahan wabak H1N1, Klinik Kesihatan memberi peluang kepada penduduk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma seperti pemeriksaan darah tinggi, kandungan gula dalam darah, kandungan kolestrol, Pameran Jabatan Bomba dapat member kesedaran keselamatan diri, keluarga dan pencegahan kebakaran kepada penduduk, Pejabat AADK menyampaikan info kepada kepada golongan remaja bahayanya terjebak dalam penyalahan penggunaan dadah. Program yang di hadiri lebih 200 orang ini memberi peluang kepada rakyat mendapat info info semasa pelbagi Jabatan dan peluang -peluang yang dapat di manfaatkan oleh rakyat dari Jabatan Jabatan Kerajaan yang turun padang bersama mereka. YB Wong juga menyeru masyarakat dapat mengekalkan keharmonian antara kaum dan menerapkan nilai nilai yang baik ini, kepada generasi generasi baru agar lebih peka dan sentiasa berada dalam aktiviti aktiviti ini demi kebaikan rakyat setempat. Menurutnya juga selain dari aktiviti beriadah, masyarakat dapat mengenali antara satu sama lain serta dapat mengenali budaya dan adat resam sesuatu kaum. Program ini juga bukan sahaja berjaya mengumpul penyertaan penyertaan dari pelbagai kaum, ia juga mendapat komitmen dan penyertaan dari golongan kanak-kanak, muda, dewasa dan warga tua bagi setiap program yang diadakan. Beliau juga menghargai sumbangan yang telah di berikan oleh 40 ahli jawatankuasa Komuniti Bestari kerana berkorban masa, tenaga serta buah fikiran secara sukareka menjayakan program. Program anjuran bersama Jabatan Penerangan Daerah Hulu Selangor, Komuniti Bestari Mukim Kerling dan Komuniti Bestari Kg Sg Chua Rasa. YB Tuan Wong telah menyumbangkan sebantak RM 2000.00 bagi menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment