Saturday, May 3, 2008

Pertanyaan Pertanyaan Mulut dan Bertulis Daripada ADUN Kuala Kubu Bharu

I am going to raise a total number of 10 question ( six oral questions and another four questions in written mode ) in the coming state assembly meeting which scheduled to be held at 21st May. Please find my question as below:
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN WONG
KOON MUN
(KUALA KUBU BHARU)

TAJUK (1) : KEKERAPAN PERSIDANGAN DEWAN

Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Soalan ini saya ingin tujukan kepada Tuan Speaker tentang kekerapan mengadakan siding dewan yang saya lihat amat penting untuk memberi laluan kepada semua ahli dewan untuk membahaskan perkara-perkara berbangkit sesetempat. Adakah Y.A.B. Dato Menteri Besar akan menlanjutkan tempoh perbahasan dan tempoh persidangan dewan seperti yang dijanjikan?

a) Bolehkan saya mencadangkan bahawa mengadakan siding dewan bulanan?
b) Adakah persidangan ini akan diberi siaran langsung seperti yang dijanjikan?
c) Adakah persidangan ini akan diberi ruangan yang lebih luas kepada pemberita untuk diliputi?


TAJUK (2) : PERJUDIAN
Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Hulu Selangor sememangnya terkenal sebagai kawasan luar bandar yang unik dari segi cara kehidupan penduduk setempat yang serdehana, kawasan hutan rimba hijau dan udara yang nyaman. Tetapi setahu saya, kita telah pun mempunyai sebuah casino di atas bukit yang tidah jauh daripada kawasan saya Batang Kali dan kedengaran satu lagi litar kuda yang bakal dipindah ke Hulu Selangor dan pembinaan bakal dijalankan pada masa terdekat. Soalan yang ingin tanya adalah apakah pendirian kerajaan negeri dalam perkara ini:
a) Adakah ini dilihat sebagai langkah-langkah untuk mengalakkan akitivit perjudian oleh kerajaan negeri .
b) Bagaimanapula pandangan Parti Komponen Kerajaan Negeri iatiu Parti PAS terhadap Isu ini. Saya ingin mendengar penjelasan daripada EXCO YB Dato Dr Hassan Bin Mohd Ali
c) Bagaimanapula dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan impak dan kemungkinan berlakunya gejala sosial?


TAJUK (3) : TINDAKAN MEROBOH “PINTU GERBANG” DI KG. PANDAMARAN
Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Saya tidak faham dengan tindakan MPK (Majlis Perbandaran Klang) yang merobohkan “Pintu Gerbang” Kg. Pandamaran yang diaggap tidak mempunyai lesen dan salah dari segi undang-undang tempatan atas arahan ADUN pandamaran yang juga merupakan exco kerajaan tempatan Encik Ronnie Liu. Tindakan beliau telah serupa menghina masyarakat cina dan tidak mengiktirafkan sumbangan kaum tiong hua dalam pembangunan negeri.

a) Seperti mana tuduhan daripada penduduk Kg. Pandamara bahawa papan iklan pusat perkidmatan Encik Ronnie Liu juga tidak mempunyai kelulusan daripada MPK sewaktunya ia dipasangkan. Apakah kebenaran ini boleh berlaku di mana pada waktu yang sama, panduan kerajaan tempatan tidak dipatuhi oleh Ahli Yang Berhormat EXCO sendiri. Tindakan beliau akan member gambaran kepada rakyat bahawa kuasa kerajaan boleh disalahgunakan sewenang-wenangnya. Tolong beri penjelasan.
b) Apakah tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap semua papan iklan yang tidak mempunyai lesen di seluruh negeri Selangor.


TAJUK (4) : TANAH HAK MILIK KEKAL KG BARU
Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Saya tidak faham dengan kenyataan surat khabar EXCO Puan Terresa Kok yang ternyata kabur dan “misleading” kononnya Selangor tidak dapat mengeluarkan hak milik kekal kepada penduduk Kg. baru di Selangor kerana Selangor adalah negeri maju sedangkan Negeri Perak yang juga di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat mampu mengeluarkan hak milik kekal. Apakah rasional kerajaan negeri mengenai perkara tersebut?
a) Adakah kajian akan dibuat oleh kerajaan negeri untuk mengeluarkan hak milik kekal?
a) Bagaimanapula dengan pandangan Y.A.B. Dato Menteri Besar mengenai isu ini?

TAJUK (5) : CUTI BERSALIN SEBANYAK 90 HARI
Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Manifesto kerajaan juga memperlihatkan hasrat kerajaan negeri untuk membela nasib kaum wanita dan saya sebagai pemantau jawatankuasa tetap hal ehwal wanita ingin kerajaan menunaikan janji-janji untuk memberi cuti sebanyak 75 hari kepada kaum wanita.

a) Adakah cuti bersalin sebanyak 90 hari akan diberikan seperti yang dijanjikan?
b) Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan status wanita yang juga menjadi sumbangan ekonomi negeri.
c) Bagaimanapula dengan 14 hari cuti yang akan ditawarkan sewaktu isterinya bersalin
d) Bilakah janji-janji ini akan dikotai dan dilaksanakan.

TAJUK (6) : MANIFESTO MENURUNKAN CUKAI PINTU
Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Adakah cukai pintu akan diturunkan sebagaimana yang tertera dalam manifesto kerajaan pakatan rakyat dimana cukai pintu rumah kediaman dikurangkan sebanyak 20% sementara cukai premis komersial diturunkan sebanyak 10%. Saya khuatiri sekiranya ia tidak dilaksanakan dalam tempoh terdekat sebelum bulan Jun iaitu bulan mula tempoh kedua assement fee dikira. Saya lihat ia adalah satu penipuan kepada rakyat sekiranya kerajaan negeri tidak memberi arahan sewajarnya kepada PBT dalam tempoh terdekat.

a) Adakah arahan atau surat pekeliling akan dikeluarkan supaya meminta premis jangan membuat pembayaran cukai pintu untuk sementara sebelum cukai pintu baru diumumkan?
ab) Tolong memberi penjelasan dan menyatakan pendirian kerajaan negeri

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN WONG KOON MUN
(KUALA KUBU BHARU)
TAJUK (7) : PILIHANRAYA PBT PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Apakah rancangan kerajaan negeri untuk melaksanakan pilihanraya umum untuk ahli Majlis PBT yang dilaung-laungkan oleh kerajaan pakatan rakyat

a) Bilakah ia akan disahlakukan?

b) Sila memberi penjelasan.

TAJUK (8) : SOSIAL DAN KEBAJIKAN RAKYAT
Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-
Saya ingin merasaakan ghairah bahawa manifesto Kerajaan untuk memberikan RM 1000 kepada anak Selangor yang memasuki IPTA dan IPTS. Adakah ini masih akan dikotai atau sewajar taktik tipu rakyat sedangkan keputusan SPTM telah diumumkan dan anak-anak ini sedang dalam proses memasuki universiti.

a) Berapakah permohonan telah diterima? Dan jumlah bayaran yang telah dibuat?
b) Ataupun masih belum dilaksanakan?
c) Bagaimanapula dengan bantuan RM 75 untuk anak yang dihantar ke nurseri dan bantuan RM 50 untuk mereka yang menerima pendidikan pra-sekolah.
d) Caruman takaful sebanyak RM 2500 untuk warga emas, OKU dan anak yatim. Bilakah ia akan mula diedar?

TAJUK (9) : INTEGRITI
Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Kerajaan pernah menjanjikan bahawa semua ahli EXCO dan pegawai tinggi kerajaan akan mengumunkan harta milik sebagai usaha mempertunjukan integriti dan kebersihan.
a) Bilakah pula agaknya kerajaan akan membuatkan pengumuman tersebut?
b) Adakah ia akan dimuatataskan kepada laman web Negeri Selangor?

TAJUK (10) : PERINDUSTRIAN
Bertanya kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar:-

Saya lihat Selangor sebagai Negeri yang amat giat dalam sektor Perindustrian ? Tetapi Kedudukan istimewa ini telah dilihat tergugat oleh negeri lain. Apakan rancangan kerajaan pakatan rakyat dalam tempoh terdekat untuk membentuk satu suasana perniagaan yang lebih selesa dan senang pakai?
a) Apakah rancangan telah diambil untuk menarik pelaburan di negeri Selangor?
b) Apakah keistimewaan yang telah diberi kepada mereka yang datang melabur di negeri Selangor.Tolong nyatakan jumlah Direct Investment yang terlibat khusunya di negeri Selangor?

No comments:

Post a Comment