Monday, May 26, 2008

Text ucapan dalam persidangan dewan.

Terlebih dahulu, Kuala Kubu Bharu berterima kasih kepada tuan speaker kerana diberi peluang berucap dan Kuala Kubu Bharu juga ingin menjunjung kasih titah ucapan DYMM Sultan Selangor.

Ahli-ahli yang berhormat, titah ucapan tuanku telah menyebut bahawa pada tahun 2007, Selangor telah mencatat nilai pelaburan sebanyak RM 11.18 Billion dan ini merupakan jumlah pelaburan tertinggi yang pernah diterima semenjak tahun 1987.

Inilah adalah satu kenyataan DYMM Sultan Selangor mengiktirafkan bahawa Negeri Selangor yang dulunya dibawah pimpinan Barisan Nasional berjaya dalam membawa pembangunan ekonomi kepada negeri dan rakyat Selangor.

Ucapan DYMM Sultan Selangor juga memberi nasihat kepada kerajaan negeri untuk mengekalkan Negeri Selangor sebagai Negeri Perindustrian yang terus menyokong kestabilan ekonomi negeri di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih dua puluh ribu orang setiap tahun.

Sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Baru, Kuala Kubu Bharu merasakan dukacita kerana selama perbahasan yang berlangsung selama dua hari yang lepas, Kuala Kubu Bharu tidak nampak sebarang rancangan yang “constructive” dan berkesan dikemukakan dalam perbincangan dewan. Apakah rancangan-rancangan untuk menarik pelaburan, sekadar menyediakan suasana kondusif tidah cukup kerana kita mesti ada pelan pembangunan yang lebih berasas dan berpandangan jauh.

Kerajaan Pakatan Rakyat telahpun dipilih oleh rakyat Negeri Selangor sebagai Kerajaan Negeri. Namun nampaknya sikap pembangkangnya masih tidak berubah seolah-olah kerajaan negeri masa kini masih dalam dilemma sebagai pembangkang dan Barisan Nasional pula sebagai parti pemerintah. Kuala Kubu Bharu mengucapkan terima kasih bagi sanjungan daripada pakatan rakyat kepada barisan nasional.

Kuala kubu bharu berasa Kerajaan Negeri sekarang ini hanya tahu korek-korek sebarang polisi yang telah dipraktikkan oleh kerajaan dahulu

Negara ini adalah Negara yang berasakan undang-undang. Kalau, ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan rakyat meragui ada sebarang peyelewengan dan salahguna kuasa oleh Kerajaan dahulu. Tindakan undang-undang boleh diambil. Laporlah kepada Polis. Laporlah kepada BPR untuk membuat siasatan. Sekiranya didapati salah, maka ia boleh dihadapkan ke mahkamah. Inilah kuasa peribadi setiap rakyat dan juga kerajaan pakatan rakyat.

Kalau polisi dulu tak betul, tak cukup adil. Boleh diubah kerana Parti Pakatan rakyat adalah kerajaan. Jangan tahu saja lemparkan sindiran daripada kita di sini membahaskan segala rancangan dan polisi yang bakal dilaksanakan.

Kuala Kubu Bharu tidak faham mengapa Kerajaan Pakatan Rakyat hanya tahu kutuk, korek dan di mana pula rancangan-rancangan untuk membangunkan negeri Selangor seperti yang diharapkan oleh DYMM Sultan dan rakyat Negeri Selangor. Apakah yang telah kita nampak ? Nampaknya semua rancangan-rancangan masih belum wujud.

Janganlah bagitahu rakyat bahawa kerajaan pakatan rakyat masih belum bersedia, masih belum sampai 100 hari ataupun masih belum sampai masa “honey moon”. Rakyat nampaknya sudah tidak bersabar.

Semenjak 8 haribulan March yang lalu, sudah hampir tiga bulan, Kerajaan Pakatan Rakyat nampaknya lebih menumpukan perhatian mengutuk kesalahan kerajaan dahulu daripada menitikberatkan masalah dan kebajikan dan juga manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat dan sekarang ini masih dinanti-nantikan oleh rakyat. Apakah kebenaran kepentingan rakyat diketepikan?

Adakah ini benar?
Kita semua sedar, sudah hampir 3 bulan, tetapi perlantikan Ahli-ahli Majlis di setiap PBT dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung masih belum dilaksanakan. Apakah pula penjelasan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat yang selalunya mengangkat diri sebagai lebih efisen daripada kerajan dahulu.

Kelewatan Perlantikan Ahli-ahli Majlis di setiap PBT telah menyebabkan berlakunya banyak kesulitan kepada rakyat khususnya kepada golongan pendapatan rendah dan peniaga kecil.
Contohnya:
i) Lesen-lesen peniaga tidak dapat dikeluarkan oleh PBT
ii) Pelan-pelan pembangunan individu dan syarikat tidak dapat diluluskan.
iii) Dan lain-lain.

Ini semuanya akibat Persidangan bulan tidak dapat dijalankan.
Hakikatnya, ini telah mengakibatkan wujudnya kesan-kesan kemerosotan ekonomi dan ini akan membelenggukan rakyat khususyan golongan berpendapatan rendah.

Kuala Kubu Bharu telah mendengar banyak nasihat dan tunjuk ajar daripada Parti Pakatan rakyat selama dua hari ini. Kuala Kubu Bharu percaya semua nasihat dan tunjuk ajar ini akan memberi kesedaran kepada Barisan Nasional dan nescaya Barisan Nasional akan menerima semua nasihat dan tunjuk ajar yang baik ini dan kembali menjadi kerajaan negeri pada masa akan datang.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment