Tuesday, December 1, 2009

Melancar Program Subsidi Beras Untuk Rakat (SUBUR)

Bermula Disember ini, Kerajaan akan mengedarkan kupon beras percuma kepada 200,000 keluarga miskin di seluruh negara. Program yang akan dilancarkan oleh perdana menteri datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan bagi menggantikan pemberian subsidi beras kepada pengilang dan pemborong beras yang bernilai RM60 juta sebulan.
Menerusi program subsidi itu kira-kira 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 sebulan di luar bandar akan menerima kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan manakala lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan di bandar dan RM1,000 di lyar bandar akan menerima tiga kupon subsidi bernilai RM10 setiap satu enam bulan sekali. Turut menerima beras percuma dan subsidi beras ialah kira-kira 15,000 keluarga orang asli di seluruh negara.Pemberian kupon beras percuma ini dibuat selepas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melakukan kajian di mana hasil kajian itu mendapati keperluan sebenar beras ST15 oleh golongan sasar hanyalah sekitar 6,000 tan metrik sebulan – sedangkan pada masa ini (sejak April 2009) sebanyak 40,000 tan matrik sebulan di subsidi oleh Kerajaan. Jadi adalah tidak tepat jika banyak pihak terus mendakwa bahawa bekalan berat ST15 tidak cukup di pasaran seandainya semua pihak memahami matlamat sebenar beras ST15 ini di subsidi oleh Kerajaan.Sehubungan dengan itu pihak kementerian mencadangkan supaya kaedah pelaksanaan program subsidi beras ST15 sedia ada tidak diteruskan selepas 30 November 2009 dan akan diganti dengan kaedah baru iaitu pemberian bauchar kepada golongan sasar di bawah program ‘Subsidi Beras Untuk Rakyat’ atau ringkasnya SUBUR yang akan dilaksanakan pada 1 Disember 2009.Antara faedah yang dijangka dicapai melalui program tersebut termasuklah bagi memastikan subsidi kerajaan sampai sepenuhnya kepada golongan sasar. Ini bermakna hak golongan miskin dikembalikan kepada mereka.Selain itu ia juga bertujuan untuk menghentikan penyelewengan bekalan beras ST15 dan sekali gus menutup ruang berlakunya ketirisan. Di samping itu ia juga mampu menjimatkan perbelanjaan Kerajaan dalam pemberian subsidi beras kepada rakyat di mana peruntukan hasil penjimatan ini boleh disalurkan kepada golongan atau sektor lain.Keseluruhannya, kos program SUBUR dan penggunaan bauchar yang dicadangkan akan melibatkan perbelanjaan kerajaan dalam bentuk subsidi sebanyak RM8,250,854 sebulan.Di antara golongan sasar yang layak menerima bauchar tersebut adalah berdasarkan daripada senarai eKasih iaitu golongan miskin tegar (49,437 keluarga), miskin (68,027), mudah miskin iaitu golongan berpendapatan rendah (111,054 keluarga). Masyarakat orang asli terdiri daripada keluarga miskin tegar sebanyak 8,808 keluarga dan miskin sebanyak 4,834 keluarga. Institusi kebajikan.Bauchar tersebut akan diagihkan setiap enam bulan kepada golongan sasar yang dikenal pasti mengikut kawasan Parlimen dan disampaikan oleh ahli Parlimen Barisan Nasional atau Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP). Penerima boleh menggunakan bauchar tersebut untuk membeli beras di mana-mana permis runcit sedia ada yang menjual beras gred berkenaan. Pemborong boleh mengemukakan baucar tersebut kepada Pejabat Kawal selia Padi dan Beras Negeri-Negeri atau ibu Pejabat untuk menuntut bayaran.Di bawah program ini, penerima kupon RM10 melayakkan pemegangnya membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) bagi sekilogram yang bernilai RM24 pada harga RM14 dan jika mahu membeli beras yang lebih mahal mereka hanya perlu membayar perbezaan harga beras itu sahaja.Bagi melaksanakan tujuan itu – sebanyak 54,000 peruncit dan 1,200 pemborong beras di seluruh negara akan diberi surat arahan menerima garis panduan daripada kerajaan mengenai sistem pembelian melalui kupon ini. Di pihak peruncit mereka hanya perlu menyerahkan kupon yang diterima kepada pihak pemborong untuk mendapatkan wang tunai. Jika ada peruncit yang enggan menerima kupon yang dikemukakan, Kerajaan berhak menarik balik lesen peruncit terbabit.Semua ini bertujuan untuk memastikan matlamat kerajaan membantu golongan miskin tercapai – kerana selama ini pengilang dan pemborong mengaut keuntungan besar terutama apabila kerajaan membahagikan beras kepada tiga kategori iaitu ST15 (15 peratus hancur), ST10 (10 peratus hancur) dan ST5 (lima peratus hancur).Apa yang berlaku ST15 sukar diperoleh di pasaran kerana pemborong membungkus semula beras ST15 kepada ST10 atau ST5 yang harganya lebih mahal. Untuk mengelakkan penipuan daripada segi kualiti, Kerajaan mengambil keputusan dengan membenarkan beras ST15 dan ST15 dijual di pasaran terbuka manakala ST10 akan dimansuhkan.

No comments:

Post a Comment