Monday, November 3, 2008







Kerling, 25 Oktober 2008, satu majlis sambutan hari rayaaidil fitri telah diadakan di kawasan lapang, bilik gerakanJKKKP Kg Pasir bermula jam 3.30 petang dan berakhir pada jam6.30 petang.Seramai hampir 560 orang penduduk di kalangan warga tua,dewasa, muda, kanak-kanak, lelaki, wanita telahmenghadirinya.Menurut Pengerusi Majlis sambutan yang juga Ketua UMNOCawangan Kerling, Baharum Wariya, sambutan hari rayadiadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakatsama-sama meraikan secara beramai-ramai dan memeriahkansuasana hari raya serta dapat merapatkan hubungan danperpaduan di kalangan penduduk.Para hadirin yang hadir telah dihiburkan denganpersembahan nasyid dari perkumpulan wanita dan persembahantarian kanak-kanak tempatan serta penyanyi sukarela yangmendendangkan lagu-lagu raya.Sebanyak 7 gerai juadah makanan telah disediakan, iaitugerai kueh-mueh juadah lontong, kueh cakoi, satay, minumanpanas dan sejuk, nasi impit, ketupat, lemang, roti jala,bubur kacang dan buah buahan.Selain persembahan, juga di adakan hadiah pakaiantercantik dan ceria dewasa lelaki dan wanita, kanak-kanaklelaki dan wanita. Para hadirin yang hadir dan menang telahdiberi hadiah.Bagi memberi galakan kepada petugas gerai juadah,disediakan pertandingan gerai tercantik dari segi hiasangerai.Menurut Baharum program persembahan, gerai tercantik, pakaian tercantik diadakan secara spontan dan kelainandengan sambutan di tempat lain, bagi tujuan memeriahkan danmenghangatkan lagi sambutan raya di kalangan penduduk yanghadir.Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Kubu Bharu YBTuan Wong Koon Mun, telah menghadirkan diri bersama denganpenduduk hampir tiga jam, bagi meraikan masyarakat setempat.YB Tuan Wong Koon Mun, di majlis ucapan menyerumasyarakat hendaklah bersatu padu bagi menggekalkanperpaduan di antara masyarakat. Majlis hari raya ini merupakan satu peluang untuk kitasama-sama merapatkan hubungan kaum dan menggekalkankeamanan. Negara kita bertuah kerana keamanan yang ada dapat memberifaedah kepada rakyat untuk bebas menyambut perayaanmasing-masing dengan tanpa ada gangguan dan menikmati juadahdengan berbagai-bagai jenis dan rasa.Turut hadir Pemimpin pemimpin masyarakat cina MCAtempatan, Pengerusi JKKKP Kg pasir Tuan Haji Ali Manan,Pegawai Penerangan Daerah Hulu Selangor Encik MustaphaOsman. Adun Batang Kali YB Mohd Isa Abu Kassim, Adun HuluBernam YB Dato Haji Mohammed Idris Abu Bakar, danpemimpin-pemimpim UMNO bahagian.

No comments:

Post a Comment