Thursday, November 20, 2008

Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Tabika Perpaduan Rasa




YB Tuan Wong Koon Mun, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Kubu Bharu, di Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Tabika Perpaduan Rasa, pada tarikh 15 November 2008, jam 10.30 pagi. .Yang Berhormat Wong mengucapkan tahniah dan syabas kerana dijemput untuk bersama-sama, tuan/puan di majlis hari kecemerlangan pelajar tabika perpaduan pekan Rasa, pada tahun ini. Beliau merasa gembira dan kagum kerana Tabika Perpaduan di bawah Jabatan Perpaduan Daerah Hulu Selangor, telah berjaya memainkan peranan yang penting mewujudkan perpaduan dari peringkat kanak-kanak lagi.Tabika Perpaduan Rasa, terdiri dari kanak-kanak berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India. Perpaduan di kalangan masyarakat telah bermula dari kanak-kanak lagi, dengan tidak secara langsung, ibubapa juga dapat berintegrasi sesama mereka semasa menghantar, mengambil anak-anak dan sewaktu menjalankan aktiviti tabika.. Ini menunjukkan satu permuafakatan dan kerjasama yang sedia terjalin. Kehadiran ibubapa di pagi ini telah membuktikan kesan kejayaannya.YB difahamkan,
Tabika Perpaduan Rasa juga menyediakan seorang guru untuk pengajaran bahasa cina kepada pelajar cina. Ianya juga dapat memberi pilihan tambahan kepada murid-murid bukan kaum cina untuk mempelajarinya, seterusnya dapat membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di masa hadapan..
Syabas dan taniah diucapkan, kepada Jabatan Perpaduan Daerah Hulu Selangor, Walaupun Jabatan Perpaduan kurang diberi perhatian oleh orang ramai tetapi Jabatan Perpaduan telah memainkan peranan dan menyumbang kejayaan ysng bergitu besar, sehingga Negara Malaysia dapat diperintah selama 51 tahun tanpa pegaduhan kaum sepanjang mencapai kemerdekaan.
Apabila YB Wong menghadiri satu program sempena menyambut Perayaan Hari Raya Aidilfitri anjuran JKKKP Kg Pasir Kerling yang lalu, beliau bertemu dua orang pelajar di UIA daripada Turki, mereka merasa hairan dan kagum, mengapa Masyarakat Malaysia dapat hidup bersama selama 51 tahun, walau pun berbeza agama, bangsa, bahasa, budaya dan makanan, tetapi dapat menjalani kehidupan dengan cukup harmoni, hormat menghormati antara satu sama lain. Itulah salah satu bukti kejayaan permuafakatan pimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah.
YB Wong, juga menasihatkan agar para ibu bapa supaya memberi tumpuan penjagaan dan mendidik anak-anak sejak tabika lagi, kerana golongan ini merupakan aset kepada pembangunan negara dan mereka amatlah kritikal bagi membangunkan negara kita di masa depan, bagaimana nasib, harapan dan kejayaan nagara kita terletak pada tangan mereka, bertanggungjawab, seterusnya mencorak dan mengisi harapan Negara Kita.
Turur hadir di majlis ini Pengerusi Tabika Pekan Rasa ‘A’ Tuan Hj Zahidan Bin Abdullahl ,Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Selangor Azali Bin Sidek, Guru Perpaduan Puan Hafizah, Ketua RT Pekan Rasa Cikgu Ho Fok Heng, Ketua Pergerakan Pemuda MCA Hulu Selangor Cikgu Ku Koi Keong, Ketua JKKKP Pekan Rasa Encik Lee Ah Tuan. Encik Ho Fook Leong Ketua MCA Cawangan Kg Air Panas Kerling.Di majlis ini juga YB Tuan Wong ADUN Kawasan Kuala Kubu Bharu telah menyumbangkan sebanyak RM 1000.00 untuk Tabika Perpaduan Rasa

No comments:

Post a Comment