Sunday, November 2, 2008

sumbangan Kek Depavali Daripada ADUN KKB


Kuala Kubu Bharu, 24 Oktober 2008, bertempat di pusat perkhidmatan wakil rakyat, telah diadakan majlis penyampaian sumbangan kek deepavali kepada pemimpin pemimpin masyarakat india.Bersempena dengan perayaan Deepavali ADUN Kawsan Kuala Kubu Bharu YB Tuan Wong Koon Mun, telah memberi sumbangan kek deepavali kepada pemimpin masyarakat india dalam kawasan Dun Kuala Kubu Bharu.


Menurut YB Wong Koon Mun, sumbangan tersebut sebagai tanda penghargaan dan sokongan mereka selama ini.sebagai wakil rakyat, seperti juga, perayaan kaum lain, masyarakat india juga tidak dilupakan.Program ini juga dapat merapatkan lagi hubungan erat yang sedia terjalin antara beliau dan masyarakat indiaSeramai 40 orang pemimpin masyarakat india telah menerimanya.


-rata pemimpin masyarakat india merasa gembira atas keperihatinan wakil rakyat yang selalu membantu dan bersama dengan masyarakat mereka.Sikap kemesraan kepimpinan dan sedia membantu kebajikan masyarakat india khasnya, telah menjadikan masyarakat india tertarik dengan cara kepimpinan YB Wong, walau pun YB Wong merupakan wakil rakyat baru.

No comments:

Post a Comment