Tuesday, November 25, 2008

PROGRAM MEMBERI BANTUAN 'CARI'

















MCA Bahagian Hulu Selangor bersama Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat telah merancang satu projek mencari untuk membantu rakyat yang layak menerima bantuan kebajikan masyarakat dan golongan yang memerlukan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Kubu Bharu, yang juga Ketua MCA Bahagian Hulu Selangor YB Tuan Wong Koon Mun, bersama YB Datuk Dr Ng Ng Yen Yen telah merangka dan menyusun program ini bagi tujuan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sampai kepada golongan ssasaran rakyat yang memerlukan.

MCA Bahagian Hulu Selangor dengan kerjasama Menteri berkenaan telah melantik dua orang pembantu Pembangunan Masyarakat bagi petugas program ini iaitu En. Ho Fook Leong no telefon 013-3609333 dan En Lau Kok Wei no telefon 012-6725475 untuk menjalankan tugas menyiasat kes-kes yang berkenaan.

Menurut YB Tuan Wong, semasa melancarkan program tersebut pada tarikh 24 November 2008 di Kerling, di harap konsep turun padang, mendekati dan mesra rakyat dapat dicapai untuk kejayaan program ini sampai kepada golongan rakyat.

Dimajlis tersebut YB Tuan Wong turut menyampaikan sumbangan Jab. Kebajikan masyarakat kepada seramai 20 orang warga tua berumur 60 tahun ke atas dari Kerling.Turut hadir dalam program ini Pegawai Kebajikan Masyarakat, kakitangan pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Kubu Bharu.

Menurut YB Wong, Jenis-jenis bantuan dalam projek cari ini adalah seperti berikut

1. Bantuan kanak-kanak Keluarga ramai Bawah 18 tahun (BKK) Bantuan RM 100.00 sebulanbagi setiap anak, maksimum RM 450.00 bagi satu keluarga
Syarat :Pendapatan Keluarga kurang dari RM720.00

2. Bantuan orang tua kepada umur 60 tahun ke atas (BOT) Bantuan RM 300.00 sebulan
Syarat :Tiada Pendapatan

3. Elaun pekerja cacat (EPC) Elaun RM 300.00 sebulan
Syarat :Pendapatan Sendiri kurang dari RM1200.00

4. Elaun penjaga OKU Terlantar (BPT)Elaun RM 300.00 sebulan
Syarat :1. Pendapatan Keluarga kurang RM3000 .00
2. Bukan di jaga oleh orang gaji

Masyarakat yang layak yang memerlukan bantuan tersebut boleh menghubungi petugas berkenaan diatas, atau datang sendiri ke pejabat ADUN Kawasan Kuala Kubu Bharu atau pejabat Kebajikan masyarakat KKB.

No comments:

Post a Comment