Tuesday, December 2, 2008

YB WONG KM ADUN KKB DGN SAMBUTAN BAIK SEMASA MENGHADIRI MAJLIS PERKHAWINAN DI MUSIM CUTI SEKOLAH












Kerling, 30 November 2008, Di musim cuti sekolah ini, kita dapati banyak majlis perkahwinan di adakan.Sebagai wakil rakyat, YB Tuan Wong Koon Mun, tidak terlepas dari menerima banyak undangan majlis perkahwinan yang diadakan di kawasannya.




Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Kubu Bharu, YB Wong Koon Mun, beliau menerima undangan tersebut dengan hati yang terbuka.Dengan menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan, beliau dapat turun padang berjumpa rakyat, mengenali antara satu sama lain dan ianya dapat memperkukuhkan dan merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin.








Sebagai wakil rakyat yang agak baru, bagi YB Tuan Wong, kehadiran beliau di majlis perkahwinan orang orang melayu dapat beliau mengenali dengan lebih dekat lagi adat dan budaya majlis perkahwinan sesuatu bangsa itu.Sebagai wakil rakyat, memang menjadi hasratnya untuk bertemu dengan semua rakyat seperti majlis perkahwinan dan lain-lain majlis sesuatu masyarakat itu.




Beberapa majlis perkahwinan yang dihadirinya pada cuti hujung minggu yang lepas iaitu di Kerling, Kuala Kuala Bharu dan Ampang Pecah. Kehadiran beliau di terima baik oleh masyarakat melayu dalam majlis perkahwinan, ini membuktikan masih wujud perpaduan kaum yang merupakan aset penting kepada keamanan sesebuah negara yang berbilang bangsa dan agama.




Kehadiran YB Wong di terima baik oleh tuan rumah yang menunjukkan perasaan gembira dan berbangga kerana sebagai wakil rakyat yang bukan dari kaum melayu sanggup meluangkan masa bagi setiap majlis perkahwinan yang diadakan.Ini terbukti tuan rumah amat menghargai, kehadiran beliau dan memberi penghormatan kepada YB Wong untuk melakukan acara bersiram iaitu merenjis pengantin yang bersanding dan menaikmati makan beradat orang melayu.




Kehadiran YB Tuan Wong di majlis perkahwinan orang melayu seharusnya di jadikan contoh kerana YB Wong sentiasa turun padang, prihatin kepada rakyat yang di wakilinya tanpa memilih bangsa dan warna kulit.




Turut bersama dalam rombongan YB Tuan Wong, Chigu Ku, Ketua Pemuda MCA Bahagian Hulu Selangor, Baharum Wariya, Ketua UMNO Cawangan Kerling, Ho Fook Leong Ketua MCA Kg Air Panas Kerling dan beberapa ahli jawatankuasanya.

No comments:

Post a Comment