Sunday, December 28, 2008

Bencana Tanah cerun di Desa Melor Serendah


Desa Melor Serendah, 22 Disember 2008, Kejadian tanah di cerun bukit yang runtuh di sebuah rumah banglo di Jalan Hulu Yam Sg Tua dan Bukit Antarabangsa, telah mendorong sebahagian penghuni Taman Desa Melor di Serendah, untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat.Ini berikutan sebanyak 33 buah rumah di Jalan 10 Desa Melor tidak selamat untuk didiami akibat berlaku pergerakan tanah di cerun bukit di kawasan perumahan tersebut. Sebagaimana yang telah disahkan oleh JKR dan Majlis Daerah Hulu Selangor.Pihak jabatan terbabit seperti Pejabat Daerah/Tanah, Majlis Daerah Hulu Selangor, Jabatan Kerja Raya telah mengarahkan penduduk terbabit berpindah.Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Kubu Bharu, YB Wong Koon Mun, bersama Pengerusi JKKKP Serendah, Pegawai Kebajikan Masyarakat telah melawat tempat kejadian.YB Wong, yang ditemui meminta penduduk penduduk terbabit mengikuti arahan pihak berkuasa dan memberi kerjasama sepenuh nya bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang seperti mana kejadian yang berlaku di Jalan Hulu Yam Sg Tua dan Bukit Antarabngsa yang lalu.Pihak berkuasa seperti Pejabat Daerah, JKR, Majlis Daerah akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu dan menyediakan keperluan asas bagi membantu kerja kerja mengangkut barang.YB Wong, mengucapkan terima kasih, kepada pihak Pejabat Daerah, JKR, Majlis Daerah, Pihak Polis, RELA, Pejabat Kebajikan Masyarakat KKB dan badan badan NGO, yang sentiasa bersama membantu penduduk terlibat.Ini menunjukkan kerjasama semua pihak di perlukan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. YB Wong, juga menasihatkan penghuni penghuni yang terlibat agar bersabardan bertenang serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.Segala masalah yang di hadapi boleh dimajukan kepada pihak berkenaan.

No comments:

Post a Comment