Friday, April 17, 2009

Banjir besar landa Kerling


Kerling, 15 April 2009, Hujan lebat di iringi kilat yang berdentum kuat sejak jam 4 pagi telah menyebabkan keseluruhan kawasan penduduk di Kg Air panas, Kg Pasir, Kg Jawa dan estet kerling di landa banjir.Kawasan yang paling teruk di tenggelami air ialah di Kg Jawa. di mana air sungai Kerling melimpah bermula jam 7 pagi meneggelamkan keseluruhan kg jawa.Sebaik sahaja menerima maklumat kejadian pada jam 7.00 pagi, YB Wong Koon Mun, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan KKB pada terus ke tempat kejadian.Beliau yang terkejut dengan kejadian yang melanda meminta pihak berkuasa Bomba, Polis, JKR untuk turun membantu penduduk.Banjir yang berlaku menyebabkan penduduk terperangkap, tiada kejadian jiwa di laporkan, cuma kerosakan harta benda, ternakan dan tanamanYB Wong dengan bantuan bot Jabatan Bomba dan Helekopter Jabatan Bomba telah meninjau tempat kejadian bagi mengenal pasti penduduk yang menghadapi masalah untuk di pindahkan.Beberapa jam jalan menghubungi Ladang Kerling dengan Pekan Kerling terputus hubungan.Menurut Ketua Kg Jawa, Salim b Haji Bilal, ini merupakan kejadian buruk berlaku sejak berpuluh tahun lamanya tidak berlakuSebanyak 37 buah rumah terlibat, hampir 100 penduduk terkandas atau terperangkap di rumah masing masingBanjir ini juga menyebabkan penduduk mengalami kerugian setelah rumah mereka di masuki air lumpur, banyak juga barang barang di hanyutkan air.Menurut penduduk dengan kehadiran YB Wong, wakil wakyat mereka, diserta dengan pihak berkuasa dapat memberi kelegaan dan semangat untuk menempuh semua iniDi mana YB Wong sama sama turun padang mengharungi air berjumpa pendudukPenduduk amat berterima kasih atas sokongan moral, serta bantuan bantuan lain yang dapat meringankan bebanan yang mereka alami.Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air sungai melempah, menurut penduduk kemungkinan sungai yang cetek, tidak di dalamkan, selekoh selekoh sungai yang sempit dan cetek boleh menyebabkan air sungai tidak mengalir dengan baik menyebabkan ianya berlaku.Penduduk berharap kerajaan dapat mengurus sungai seperti mendalamkan, meluaskan sungai, selekoh sungai di perbesarkan, tumbuhan yang tumbuh di sungai di bersihkan dapat membantu pengaliran air sungai dengan baik dan terurus.

KERLING – Hujan lebat luar biasa yang melanda kawasan ini awal pagi kelmarin mengakibatkan banjir besar sehingga menenggelamkan hampir keseluruhan perkampungan di sini. Antara kawasan terlibat termasuklah Kampung Jawa, Kampung Pasir, Ladang Jernih dan perkampungan Orang Asli. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, sebanyak 100 buah penempatan ditenggelami air dan melibatkan kira-kira 400 penduduk. “Pihak kami mula menerima laporan mengenai keadaan itu jam 6.30 pagi dan pada waktu itu air sudah mula naik dan menenggelamkan beberapa kawasan. “Setengah jam kemudian keadaan menjadi lebih buruk sehingga menenggelamkan keseluruhan Kampung Jawa dan kampung berhampiran,” katanya. Menurutnya, keseluruhan kawasan terjejas teruk sehingga memutuskan laluan perhubungan darat dan keadaan itu sedikit menyukarkan operasi menyelamat dilakukan. “Kami terpaksa menggunakan khidmat Unit Udara Polis Sungai Besi bagi membantu usaha menyelamat terutama di kawasan penempatan Orang Asli memandangkan kawasan mereka paling sukar ditembusi. “Selain itu, bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu turut diberikan dengan menghantar dua bot penyelamat,” katanya. Beliau berkata, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan ditempatkan di penempatan sementara yang disediakan. Bagaimanapun katanya, keadaan mula kembali surut beberapa jam kemudian dan jaminan keselamatan yang diberikan mengizinkan penduduk terjejas untuk kembali semula ke penempatan masing-masing. Menurutnya, sehingga lewat petang kelmarin tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku kecuali kerosakan pada harta benda dan kehilangan sebuah motosikal dipercayai dihanyutkan arus deras. “Kita juga terus membuat pemantauan sehingga lewat malam kelmarin sehingga semua keadaan kembali normal. “Setakat hari ini segala keperluan bantuan telah disediakan oleh unit bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya.

1 comment: