Friday, April 25, 2008

Pintu Gerbang Pandamaran


Apa yang sudah berlaku ??? Pintu Gerbang Pandamaran hari ini diturunkan oleh pihak DAP ! Kenapa hendak diturunkan ??? Apa motif yang dikehendaki oleh YB Ronnie Liu? Jika benar apa yang dikatakan iklan pada pintu gerbang itu tidak mempunyai permit, turunkan sahaja nama pengiklan tersebut tetapi bukan menanggalkan kesemua rangka besi tersebut.

Membazir wang rakyat. Belum mula menjalankan tugas tetapi sudah pandai merugikan wang rakyat.

Pintu Gerbang ini dibina bagi mengindahkan Pekan Pandamaran. Sepanjang tahun 2005, 2006, 2007 Pekan Pandamaran telah memenangi anugerah Pekan yang tercantik bagi peringkat Negeri Selangor tiga tahun berturut-turut.


Sepatutnya perkataan "MERDEKA 50 TAHUN....Selamat datang ke Pandamaran" seharusnya dikekalkan kerana ianya bukan iklan. Ianya adalah bukti menunjukkan rasa cinta penduduk Pekan Pandamaran mencintai negara Malaysia selepas 50 tahun MERDEKA.

Apakah YB Ronnie Liu tidak mempunyai semangat mencintai negara sendiri.....bagaimana beliau boleh mewakili penduduk Pekan Pandamaran ???? Sepatutnya pihak DAP kena faham bahawa jika Pintu Gerbang ini dikekalkan, ianya boleh menghasilkan pendapatan bagi pihak Majlis Perbandaran Klang melalui hasil daripada iklan.

Pembelanjaan membina Pintu Gerbang Pandamaran adalah di antara sekitar RM 15,000.00 - RM 18,000.00 dan ditaja oleh seorang ahli perniagaan yang juga penduduk Pandamaran.. DI MANAKAH SEMANGAT CINTAKAN NEGARA yang dikatakan oleh DAP.

No comments:

Post a Comment