Sunday, July 26, 2009

Program Penyampaian Bantuan Kerajaan Persekutuan "Projek Cari"


Kerling, Seramai 7 orangpenerima bantuan, program cari amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, Barisan Nasionl kerana sentiasa turun padang bagi membantu rakyat yang amat memerlukan bantuan. Bagi puan Rosmi Kemin, puan Rohani, Sarah Bakar, penerima BKK, puan Alizam Mansor, Ahmad Din, En Said Penerima bantuan OKU, Salmah Ibrahim penerima BOT, Ianya amat bermakna bagi mereka. Bagi mereka sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan kehidupan kerana mereka amat memerlukan dan kurang berkemampuan. Sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan kehidupan yang dilalui, kerana ada dari kalangan mereka mempunyai tanggungan anak ramai, kurang upaya, dan orang tua. Seorang penerima baru Ahmad Din beliau yang tidak bekerja, kerana OKU, lumpuh anak ramai, isteri hanya berniaga kueh mueh dan menjual nasi lemak di tepi Jalan Taman Damai Kg Air Panas pendapatan tidak seberapa. Beliau amat berterima kasih kepada YB Tuan Wong Koon Mun Wakil Rakyat yang sentiasa turun padang bagi membantu rakyat yang memerlukan. Ini membuktikan keperihatinan wakil Rakyat mereka. Oleh kerana beliau Ahmad Din, tidak dapat hadir untuk menerima pada hari jumaat yang lepas, pihak JKM telah mewakilkan kepada Baharum Wariya untuk menyampaikan bantuan tersebut. Baharum Wariya, bersama Ketua Wanita UMNO, Setiausaha, beberapa AJK telah berkunjung ke rumah Ahmad Din bagi menyampaikan bantuan tersebut berjumlah RM 800.00 bagi tempoh untuk 2 bulan. Bagi mereka ianya dapat membantu kewangan bagi mengurus anak anak yang masih bersekolah.

No comments:

Post a Comment