Sunday, July 26, 2009

Projek Naik Taraf di Kg Pasir Kerling


Kerling, Penduduk Kg Pasir, menyambut baik tindakan segera Ahli Dewan Undangan Kawasan Kuala Kubu Bharu, YB Tuan Wong Koon Mun, meluluskan kerja kerja segera, untuk kemudahan rakyat. Penduduk yang ditemui puan Zaharah Ali, Rubiah Ali, Rokiah Bakar dan beberapa buah penghuni lain amat berterima kasih kerana dengan pembinaan longkang sepanjang 700 meter termakbul akhirnya setelah hampir lebih 10 tahun menantinya. Masalah banjar di kawasan mereaka dapat di atasi. Bagi Ralani Radiman dan isteri Rosimah Lajim, selama ini bila berlaku hujan air bertakung di halaman mereka. Puan Jumiah Din juga berharap longkang tersebut dapat disegerakan siapnya kerana dikawasan sekitarnya kerap berlaku banjir, dengan terbinanya longkang tersebut air dapat disalurkan terus ke Sungai Kerling yang berdekatan Seramai lebih 10 buah rumah kerap berlaku banjir bila hujan lebat. Seorang ibu tunggal puan Siti Zaleha Abd Jalil, berterima kasih kepada YB Wong kerana jambatan kayu di rumah mereka, telah ditukar dengan jambatan besi, hampir 20 tahun memohon baru sekarang dapat dibina dengan usaha YB Wong wakil rakyat baru mereka. Seramai lebih 20 penghuni lain juga berterima kasih kepada YB Wong kerana dengan usahanya dapat dibuat satu jalan kampong berturap, sejauh 200 meter, dengan ada jalan tersebut dapat memberi satu lagi kemudahan kepada penduduk kampong. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional prihatin kepada menyelesaikan segala masalah rakyat yang melibatkan orang ramai. Bagi ramai penduduk ianya sesuai dengan slogan rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan bertepatan bagi membawa perubahan baru demi kepentingan rakyat.

No comments:

Post a Comment