Sunday, July 26, 2009

Program Sukan Komuniti Peringkat Dun KKB


Kuala Kubu Bharu, Sukan Komuniti dapat melahirkan pemuda dan pemudi yang sihat. Mereka merupakan aset dan penggerak negara yang akan menentukan arah dan corak kepimpinan dan sebagai rakyat yang berguna untuk masyarakat dan negara YB Tuan Wong Koon Mun, Ahli Dewan Undangan Negeri, Kawasan Kuala Kuala Kubu Bharu, berucap semasa Majlis penutup dan penyampaian hadiah Kejohanan antara Kelab Sukan Komuniti, peringkat DUN KKB yang telah di adakan di Dewan Serbaguna KKB. di sini. Sukan ini juga dapat memupuk semangat intergriti diri dan perpaduan generasi muda dalam sukan, ia juga bukan sahaja sebagai aktiviti riadah, malah dapat melahirkan atau mencungkil bakat bakat baru untuk di ketengahkan di peringkat daerah, negeri dan Negara. Mereka juga dapat berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira ideologi dan fahaman politik. Sukan Komuniti anjuran Kementerian Belia dan Sukan ini, juga diadakan di seluruh Negara di semua peringkat dewan Undangan negeri. YB Wong, turut mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan sukan Komuniti ini yang disertai banyak pasukan, terutama golongan muda berumur 18 tahun hingga 35 tahun. Ini memunjukkan minat peryertaan golongan muda dan mudi masih relevan melalui acara sukan. Walaupun kejohanan ini hanya melibatkan sukan bola sepak, bola jaring, sepak takraw, bola tampar, di mana penyertaan kaum tidak menyeluruh, YB Wong berharap sukan lain seperti Badminton, Bowling, kerom boleh diketengahkan dan penyertaan dari semua kaum dapat dilibatkan, ke arak mengintergrasi kaum melalui sukan dapat di pupuk. Menurut Mohd Izharuddin bin Dato Hj Tajuddin, Pengerusi Kelab Sukan Komuniti, Dewan Undangan Negeri KKB, kejohanan ini terbahagi kepada 4 acara sukan iaitu Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar dan Sepak Takraw. Beliau juga berharap lebih banyak pasukan dapat menyertai, bukan sahaja pasukan berstatus kelab, penyertaan dari institusi institusi dan jabatan kerajaan dan swasta dapat menyertai bersama. Kejohanan sukan peringkat Dun KKB, Bola Jaring telah adakan pada 19 Julai 2009, sebanyak 9 pasukan telah menyertai, Bola Sepak, pada 25 Julai, sebanyak 7 pasukan menyertai, Bola Tampar pada 26 Julai, sebanyak 10 pasukan menyertai, Sepak Takraw pada 26 Julai, sebanyak 12 pasukan menyertai. Keputusan pertandingan akhir pelawanan, Bola Sepak, Juara SM FC KKB, Naib Juara MDHS FC, Bola Jaring, Juara GB4B Pawana Kerling, Naib Juaraa MDHS FC, Bola Tampar Juara Taman Teratai ‘A ‘ KKB, Naib Juara Maktab Polis KKB, Sepak Takraw Juara KKB FC, Naib Juara Semboyan ‘ C ’ YB Tuan Wong Koon Mun, ADUN KKB, turut menyumbang sebanyak RM 1000.00, bagi aktiviti KSK KKB.

No comments:

Post a Comment