Sunday, July 26, 2009

Program Sukaneka Tabika Kemas Kerling


Kerling, Ahli Dewan Undangan Kawasan Kuala kubu Bharu, Tuan Wong koon Mun,berkata pendidikan merupakan asas pembinaan sesebuah negara. Justeru itu pendidikan sejak dari kecil lagi penting bagi mencorakkan kehidupan rakyat dimasa hadapan. Pendidikan sejak dari kecil seperti pra sekolah seperti Tabika Kemas merupakan aset penting bagi masyarakat luar Bandar. Kerajaan menyediakan pasarana dan tenagapengajar bagi memastikan semua golongan rakyat dari luar Bandar dan di Bandar dapat menerima faedahnya. Baru baru ini kerajaan telah mengumumkan pemansuhan PPSMI seelah 6 tahun dasar ini dilaksanakan, masyarakat menyambut baik langkah ini kerana ianya memberi peluang kepada semua rakyat meneruskan pembelajaran dalam bahasa ibunda mereka.. ianya juga memberi ruang kepada mereka untuk memilih pembelajaran tersebut dalam semua bahasa. Bagi masyarakat luar Bandar sudah tentu menyambut baik langkah ini, bagi masyarakat Bandar yang dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik sudah tentu tiada masalah dan keputusan tersebut juga bukan masalah bagi mereka, kerana mereka yang berkemampuan boleh mendapatkanpembelajaran tambahan. Dalam ucapan penutupan dan penyampaian hadiah YB Wongjuga berharap aktiviti sukan tahunan ini dapat mengeratkan lagi perpaduan yang sedia ada di kalangan ibu bapa dan guru. Konsep satu Malaysia yang di sarankan oleh PM kita dapatditerapkan kerana di Tabika Kemas Kerling ini terdapat 2 pelajar cina, ini satu perkembangan baik kerana golongan muda ibu bapa seperti ini boleh bersama dalam semua kaum. Bagi menjalankan aktiviti ini seperti persiapan sukan menunjukkan komitmen ibu bapa, guru dan masyarakat kampong bersama bergotong royong masih relevan. YB Tuan Wong juag turut menyumbangkan bantuan sebanyak RM 1500.00 bagi aktiviti tabika ini. Turut hadir Tuan Haji Ali Manan, Penasihat Tabika Kemas Kerling, Pengerusi Tabika Abd Wahi b Wahid. Ketua UMNO Cawangan Kerling Baharum Wariya.

No comments:

Post a Comment